Monthly Archives: October 2017

Jam Azan Sebagai Hadiah Buat Yang Tersayang

Bila tiba suatu sambutan , perayaan , hari lahir,majlis perkahwinan dan majlis perpisahan , pasti anda tertanya-tanya hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada insan yang anda sayangi tersebut.

Pernahkah anda terfikir untuk memberikan suatu hadiah yang mampu mendidik disamping  berdakwah kepada orang yang anda sayangi? Sudah tentu Jam Azan adalah sebuah hadiah yang sangat menepati dengan tujuan tersebut.

JamAzan.com boleh membantu anda untuk membuat “Suprise” atau kejutan kepada orang yang anda sayang . Kami akan melekatkan ucapan di bahagian dalam kotak atau pada jam itu sendiri , rujuk contoh gambar dibawah. Ianya percuma sahaja kerana kami hanya menggunakan kertas A4. Jika anda mahu menggunakan kad ucapan atau pembalut hadiah,reben dan sebagainya, ada sedikit kos perlu ditambah ya.

Ia juga boleh dijadikan hantaran perkahwinan , wakaf kepada surau/masjid , wakaf kepada rumah anak yatim , hadiah kepada staff yang cemerlang dan lain-lain.

Jom hadiahkan kepada insan yang anda sayang! Berminat?

 Klik sini untuk terus whatsapp>>> http://JamAzanDotCom.wasap.my
 Whatsapp number : 017-5601956

 

 

 

 

Bagaimana Jam Azan Berfungsi?

Ramai yang bertanya bagaimana jam azan Ptime ini berfungsi :

(1) Ia memaparkan kalendar tarikh Hijrah dan Masihi secara berselang-seli
✓ Tarikh Hijrah bertukar bila masuk waktu Maghrib.
✓ Tarikh Hijrah merujuk kalendar Taqwim Jabatan Agama Islam.
✓ Tarikh Hijrah mudah diubahsuai +/- 1 hari sekiranya berbeza dengan Kalendar Taqwim.

(2) Memaparkan Jam (Ketepatan +/- 1 minit setahun). LED ‘dot’ berkelip setiap satu saat.

(3) Memaparkan masa 5 Waktu Solat dan Syuruk mengikut zon yang telah ditetapkan. (Tepat seperti kalendar Taqwim terbitan Jabatan Mufti Negeri. Boleh dikemas-kini.)

(4) Zikir pendek pada setiap jam sebagai peringatan perubahan jam.
6.00 pagi – 10.00 malam ✓Kekuatan bunyi Zikir normal.
11.00 malam – 5.00 pagi ✓Kekuatan bunyi Zikir automatik bertukar kepada tahap -01-.

(5) Buzzer berbunyi sebagai peringatan telah masuk waktu, kemudian disusuli seruan Azan:
✓ Subuh : Azan oleh Sheikh Ahmad Khouja.
✓ Syuruk : Tiada Azan
✓ Zohor : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Asar : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Magrib : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Isyak : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
Rujukan Azan boleh dilihat dari link di bawah :
*http://www.youtube.com/watch?v=3pHqdTtvHyY&feature=youtu.be
*http://www.youtube.com/watch?v=g0j6MoixlDE

(6) Bacaan Surah pada 10 minit sebelum masuk waktu solat.
✓ Subuh : Surah Al-Waqi’ah
✓ Syuruk : Tiada Bacaan Surah
✓ Zohor : Surah Al-Fiil, Surah Quraisy, Surah Al-Ma’un, Surah Al-Kauthar,
Surah Al-Kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Lahab, Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq & Surah An-Nas.
✓ Asar : Surah Al-Mu’minun (Ayat 1-44)
✓ Maghrib : Surah Al-Mulk
✓ Isyak : Surah As-Sajdah (untuk DAF05A sahaja)

(7) Bacaan Doa Selepas Azan untuk setiap waktu solat.