Cara Mengemaskini Jam Azan Azkar / Iman 2018-1439H

Ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak tahu cara untuk mengemaskini taqwim terkini jam azan Azkar / Iman ini. Sila turuti langkah mudah di bawah dengan bagi mengemaskini jam azan anda:

Langkah 1 – Cabut SD Card

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila cabut SD Card di belakang atau bahagian tepi jam azan anda. Kemudian masukkan SD Card di laptop atau komputer anda. Jika di laptop kebiasaannya ada memory card reader slot. 

 

Langkah 2 – Buka Folder Sd Card

★ Masuk “MyComputer” atau “Computer” di laptop anda kemudian klik pada simbol “SD Card” anda tersebut. Anda akan dapat lihat semua file yang terkandung dalam SD Card tersebut seperti gambarajah di bawah:

Langkah 3 – Buka Folder “Pray times”

★ Buka folder “Pray times” dan anda akan dapat lihat 2 file di bawah ini. Delete kedua-dua file tersebut kerana ini adalah data taqwim solat JAKIM 2017.

Langkah 4 – Download Data Taqwim Solat JAKIM 2018

Sila download kedua-dua file data taqwim solat JAKIM 2018 , klik link biru dibawah ini :

data solat bg seluruh malaysia new update 2018.bin

Langkah 5 – Copy & Paste

Copy & Paste-kan data taqwim solat JAKIM 2018 yang anda download tadi ke dalam folder “Pray times”

 

Langkah 6 – Pasang SD Card Pada Jam

Pasang / masukkan kembali SD Card pada jam anda dan hidupkan semula jam anda.

 

Langkah 7 – Refresh Jam

Refresh jam anda, cara refresh jam rujuk gambar dibawah:

 

Langkah 8 – Set semula zon kod kawasan

Sila rujuk buku manual untuk set zon kod kawasan atau boleh tonton video di sini:

 

 

SELESAI

 

 

27 thoughts on “Cara Mengemaskini Jam Azan Azkar / Iman 2018-1439H

  1. Wan zuvaidah Wan daud

    Astaghfirullaahal’azimmm….. Mujurla tergerak hati nak cari kat google pasal jam azkar ni…. Sy dah beberapa bulan pening dengar jam ni mcm orng dah x tentu arah….. Azan subuh jam 5 petang…. Semua azan lintang pukang jd nya….. Terima kasih bnyak krn ada panduan yang cukup mudah utk sy selesaikan masalah ini…jazakallahukhairan kathiraa…

    Reply
    1. Admin Post author

      Alhamdulillah , mungkin lama tak update tu. Biasanya jika jam guna data terkini , tidak akan berlaku masalah tersebut insyaAllah

      Reply
        1. Admin Post author

          Waalaikumussalam .

          011 KELANTAN KOTA BARU,BACHOK,P PUTIH,TUMPAT,P MAS,T MERAH,R PANJANG,MACHANG,K KRAI,G,MUSANG,CIKU,
          012 JAJAHAN JELI,GUA MUSANG,TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

          Reply
  2. Khairul Azmi

    Assalamualaikum, memori jam corrupt jadi macam mana saya nak dapat isi dalam memori tu untuk dimasukkan ke dalam memori lain?

    Reply
  3. naim

    kod negara naik 060…dan tak boleh nak ubah, waktu solat jadi bertambah 1 jam…contoh Subuh 5.54pg, papar 6.54pg. T.kasih

    Reply
    1. Admin Post author

      Salam Tuan, oh ini mudah saja tuan.Tuan Tekan butang ‘SET’ seterusnya tekan butang “12H/24H”. Akhir sekali tekan butang “SET” semula.

      Reply
  4. c wan shamsul

    Salam…

    Saya ada masalah berkaitan dengan jam azan. sy dah update tp pilihan negara & zon tetap tidak boleh ubah.
    mohon bantu.

    Reply
  5. Hadafi

    Salam tuan.
    Jam azkar saya jenis memori 2gb.semlam saya cuba update. Malangnya gagal. Jam hanya boleh set masa shj. Saya dah cuba ikut arahan drpd entri berkenaan kemaskini jam.malangnya jam tetap tak boleh set waktu solat

    Reply
  6. HELMIRIZAL BIN CHE LONG

    Assalamualaikum tuan…boleh share saya manual kod kawasan…orang tua saya dah lupa mana simpan manual tu…?

    Kg 1…jam saya dah xde suara…sebarang suara…boleh bantu…?

    Reply
  7. MOHD HAIRY AZWAN BIN MOHD BAKHTIAR

    Assalamualaikum Tuan

    Saya mengalami masalah dimana memory card corrupt dah semua file telah hilang. Saya dah cuba download file tuan tapi tiada apa-apa. Boleh tuan share file dengan saya di heryhaziq@gmail.com

    Reply
  8. nasuha

    Assalamualaikum admin,
    sy nk tnya klau jam tetiba brtukar untk wktu isyak jadi brtambah 2 jam.
    mknanya sy kena update waktu solat 2019 ke mcm mana?

    Reply
    1. Admin Post author

      Waalaikumussalam,

      1. Langkah pertama, Tekan butang “SET”
      2. Kemudian tekan butang “12H/24H”
      3. Akhir sekali tekan butang “SET” semula

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *