Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim Azkar / Iman

Sila ikut langkah-langkah di bawah dengan teliti bagi mengemaskini jam azan taqwim jenama Azkar / Iman 2019-1440H :

Langkah 1 – Cabut SD Card

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila cabut SD Card di belakang atau bahagian tepi jam azan anda. Kemudian masukkan SD Card di laptop atau komputer anda. Jika di laptop kebiasaannya ada memory card reader slot. 

Langkah 2 – Buka Folder Sd Card

★ Masuk “MyComputer” atau “Computer” di laptop anda kemudian klik pada simbol “SD Card” anda tersebut. Anda akan dapat lihat semua file yang terkandung dalam SD Card tersebut seperti gambarajah di bawah:

Langkah 3 – Buka Folder “Pray times”

★ Buka folder “Pray times” dan anda akan dapat lihat 2 file di bawah ini. Delete kedua-dua file tersebut kerana ini adalah data taqwim solat JAKIM 2017.

Langkah 4 – Download Data Taqwim Solat JAKIM 2019

Sila download kedua-dua file data taqwim solat JAKIM 2019 , klik link biru dibawah ini :

data solat bg seluruh malaysia new update 2019.bin

Langkah 5 – Copy & Paste

Copy & Paste-kan data taqwim solat JAKIM 2019 yang anda download tadi ke dalam folder “Pray times”

Langkah 6 – Pasang SD Card Pada Jam

Pasang / masukkan kembali SD Card pada jam anda dan hidupkan semula jam anda.

Langkah 7 – Refresh Jam

Refresh jam anda, cara refresh jam rujuk gambar dibawah:

Langkah 8 – Set semula zon kod kawasan

Sila rujuk buku manual untuk set zon kod kawasan atau boleh tonton video di sini:

SELESAI