Update Jam Rumah Model PTM


Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime Tahun 2020 / 1441 Hijrah

  • Perlu ada internet dan sedikit kemahiran menggunakan komputer

Pengguna Jam Azan dikehendaki menyemak & menyelenggara jam azan pada setiap awal tahun Masehi @ Hijrah ( mengikut keperluan negeri masing-masing ).Ini bagi memastikan waktu solat yang dipaparkan jam azan tersebut sentiasa TEPAT mengikut taqwim solat dari JAKIM

Langkah 1 – Download

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila download file jadual waktu terkini

Klik di tulisan biru untuk memulakan download >

Selepas donwload file jadual waktu di atas , pastikan laptop / komputer anda mempunyai software winrar atau sebarang file archiver utility yang bersesuaian untuk extract file tersebut.
Jika belum ada Winrar sila :

*Selepas install software Winrar , sila rujuk gambar di bawah ini untuk “Extract” kandungan dalam file jadual waktu format RAR yang anda download tersebut

—————————————————————————————————————————

Langkah 2 – Hubungkan Jam Azan dengan Komputer

Hubungkan jam dengan komputer 1

—————————————————————————————————————————

Langkah 2 – Tonton Video Dibawah

 

—————————————————————————————————————————

Langkah 3 – Set Zon Kod Negara/Kawasan

Setkan kod negara 63 jika anda tinggal di negeri yang membuat perubahan waktu subuh +8 minit, manakala kod kawasan setkan mengikut daerah yang anda tinggal berpandukan senarai kod kawasan di dalam buku manual.

Setkan kod negara 60 jika anda tinggal di negeri yang tiada perubahan pada waktu subuh.

 

Proses update jam azan ke Taqwim 2020-1441H SELESAI , anda boleh gantung jam.

 

 Nota:-
1. Sekiranya terdapat kesalahan Taqwim Solat yang kami lakukan, sila maklumkan kepada kami untuk pembetulan segera.

2. Tukar Bateri Sokongan (Lithium 3V – CR2032) setiap 3-5 tahun. (Bateri kecil di dalam jam)

3. Waktu solat bagi negara lain, sila WhatsApp ke 017-5601956