JAMINAN PRODUK (PENGELUAR)
1) Jaminan ini berkuatkuasa dari tarikh pembelian dan sah selama :
(a) Jam Azan PTime : 2 Tahun
(b) Jam Azan Iman : 1 Tahun
2) Jaminan ini sah digunakan di Malaysia sahaja.
3) Jaminan ini merangkumi baikpulih atau penggantian semula barangan yang terbukti tidak berfungsi akibat kesilapan teknikal pemasangan ketika dalam proses industri. Jaminan ini hanya diberikan untuk pembelian dari pengedar atau agen yang dilantik oleh JamAzan.com sahaja.
4) Jaminan ini tidak merangkumi kerosakan berikut:
a. Pemasangan semula / baikpulih / pengubahsuaian oleh bukan pengedar yang sah.
b. Pengunaan bekalan kuasa yang tidak mengikut spesifikasi.
c. Merosakkan dengan sengaja.
d. Pengendalian / membawa dengan kasar.
5) Jaminan ini akan terbatal & tidak sah sekiranya:
a. Mana-mana bahagian ditokok tambah atau diubah dalam bentuk apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada JamAzan.com.
b. Mana-mana bahagian diubahsuai / dibaikpulih (dan sebagainya) oleh pihak yang tidak dilantik oleh JamAzan.com.
JAMINAN PERKHIDMATAN PRODUK
1) Servis percuma untuk kerja-kerja pembaikan produk (sepanjang tempoh jaminan)
2) Update jam boleh dilakukan sendiri oleh pelanggan dengan merujuk link ini Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan
( Caj RM5 untuk jam jenis baru jika anda update di kedai kami )