Update / Kemaskini Jam Azan Model PTM


Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime Tahun 2026 / 1447 Hijrah

Update / Kemaskini ini boleh digunakan untuk semua jenis jam samada jam azan rumah ,surau dan masjid model PTM (Keluaran Jun 2018 ~ hingga sekarang)

  • Perlu ada internet dan sedikit kemahiran menggunakan komputer

Pengguna Jam Azan dikehendaki menyemak & menyelenggara jam azan pada setiap awal tahun Masehi @ Hijrah ( mengikut keperluan negeri masing-masing ).Ini bagi memastikan waktu solat yang dipaparkan jam azan tersebut sentiasa TEPAT mengikut taqwim solat dari JAKIM

Langkah 1 – Download Taqwim Solat

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila download file taqwim solat di bawah ini:

Klik di tulisan biru untuk memulakan download >

File untuk kemaskini waktu solat : PTM 2026.zip JAKIM.bin

Untuk pengguna dari SINGAPURA , donwload di sini >

—————————————————————————————————————————

Langkah 2 – Hubungkan Jam Azan dengan Komputer

On kan plug adaptor jam azan seperti biasa , kemudian ambil usb cable yang disediakan dalam kotak jam azan dan hubungkan antara laptop/komputer anda ke jam.

*Jika jam anda tidak terpapar seperti gambar di bawah, cuba cabut dan cucuk kembali kepala cable usb itu di laptop/komputer ( goyang-goyang kan sedikit atau cucuk sedikit demi sedikit supaya ia detect ) . 

Selepas selesai menghubungkan laptop/komputer anda ke jam, ia akan keluar begini di di laptop/komputer anda:

———————————————————————————————————————

Langkah 3 – Klik Folder “Data” Kemudian Klik Folder “Pray”

———————————————————————————————————————
Langkah 4 – Delete Semua File Dalam Folder “Pray” & Masukkan Semua File  yang Anda Download di Langkah 1 sebentar tadi (Ada 2 File)
 
———————————————————————————————————————

Langkah 5 – Download Taqwim Hijrah & Masukkan Dalam Folder “Calend”

Download di sini : PTM Hijrah 2025-2027 (1446H-1448H) V01-3.bin

Untuk kemaskini kalendar hijrah/masihi :

1. Klik masuk folder “CALEND” 

2. Delete semua file dalam folder tersebut

1. Masukkan file “PTM Hijrah 2025-2027 (1446H-1448H) V01-3.bin” yang anda download tadi (Copy paste).

———————————————————————————————————————

Langkah 6 – Set Zon Kod Negara/Kawasan

Setkan kod negara 063 (JAKIM) atau 060 (JABATAN MUFTI NEGERI), manakala kod kawasan setkan mengikut daerah yang anda tinggal berpandukan senarai kod kawasan di dalam buku manual atau boleh rujuk kod disini > https://jamazan.com/panduan-dan-download/kod-zon-waktu-solat-jam-azan-ptime/

Boleh juga rujuk video ini untuk setting kod kawasan di jam azan anda:

Perbezaan Kod 060 dan 063

Kod 060 – Semua Waktu Solat mengikut kalendar Taqwim Jabatan Mufti
negeri-negeri dalam Malaysia.
* Update:
V05-0 Mufti
1. Pulau Pinang 1442H
2. Perlis 1442H
3. Sabah 1442H tidak termasuk WP Labuan
4. Kelantan 1442H
5. Terengganu 1442H
6. Kedah 1442H
7. Perak 2021M
8. Selangor 2021M
9. WPersekutuan KL & Putrajaya 2021M
10. Negeri Sembilan 2021M
11. Melaka 2021M
12. Johor 2021M
13. Pahang 2021M
14. Sarawak 2021M
15. WP Labuan 2021M

Kod 063 – Semua Waktu Solat mengikut rujukan E-Solat JAKIM 2020.

Pengguna boleh memilih ingin mengikut Jabatan Mufti Negeri atau E-Solat JAKIM.
Sesetengah kawasan, Waktu Solat berbeza 1 minit antara Jabatan Mufti dan E_Solat JAKIM.

Walaubagaimanapun, SUMBER RUJUKAN RASMI, adalah mengikut Jabatan Mufti Negeri.
Kerana hal ehwal Agama Islam, tertakluk kepada kuasa Negeri.

SELESAI

Proses update jam azan ke Taqwim 2026-1447H SELESAI.

 Nota:-
1. Sekiranya terdapat kesalahan Taqwim Solat yang kami lakukan, sila maklumkan kepada kami untuk pembetulan segera.

2. Tukar Bateri Sokongan (Lithium 3V – CR2032) setiap 3-5 tahun. (Bateri ini seperti bateri jam tangan berbentuk leper)

3. Waktu solat bagi negara lain, sila WhatsApp ke 017-5601956