Update Kemaskini 2023/1444 Jam Azan PTime Anda Sekarang!

Setahun telah pun berlalu meninggalkan kita.

Tahun ini tahun 2023 , semoga kita terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.

Jangan lupa untuk update jam azan Ptime anda kepada taqwim 2023/1444. Data terkini boleh download di link ini:

Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Pastikan anda mempunyai peralatan update yang lengkap seperti laptop/pc dan cable penyambung dari jam ke laptop/pc . Jika anda tiada cable tersebut , anda boleh gunakan juga cable printer yang digunakan untuk sambungan dari printer ke laptop/pc anda kerana ia menggunakan cable jenis yang sama.

 

Pastikan juga bateri backup jam azan anda berfungsi dengan baik. Bagaimana nak tahu bateri anda dalam keadaan baik? Boleh cuba ubah waktu jam azan atau ubah tarikh , kemudian Off jam sebentar dan On semula .Jika paparan di jam menunjukkan apa yang anda set tadi adalah sama , maka bateri dalam keadaan baik. Jika sebaliknya , sila tukar bateri jam azan, caranya rujuk video panduan ini:

 

Video Tutorial Panduan & Tips Jam Azan PTime

Laman ini adalah panduan berbentuk video bagi memudahkan anda menyelesaikan masalah jam azan Ptime yang anda hadapi.
Semoga video panduan ini dapat membantu anda.

Prev 1 of 1 Next
Prev 1 of 1 Next

Update / Kemaskini Taqwim Jam Azan 1443 – 2022

Sudahkah anda update atau mengemaskini jam azan anda? Jika belum , pastikan anda update dengan segera bagi mengelakkan jam azan tidak berfungsi dalam keadaan normal.

Kenalpasti jenama jam azan anda terlebih dahulu

Untuk jam azan brand PTime , klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Untuk jam azan brand Iman, klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim Azkar / Iman | Jam Azan

Jam azan mestilah dikemaskini setiap tahun bagi mengelakkan kesilapan waktu solat lebih-lebih lagi bagi kegunaan di surau dan masjid. Pastikan anda membaca dan mengikut setiap langkah satu persatu bagi melancarkan proses kemaskini jam azan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp terlebih dahulu , klik link untuk whatsapp:

Cara Setting Zon Kawasan Solat Jam Azan Masjid PTime

Harini admin ada buat sedikit rakaman bagaimana untuk setting zon kawasan solat untuk jam azan masjid PTime.

Jam ini tak boleh set menggunakan remote untuk setting zon kawasan , perlu guna butang di tepi jam. Remote tu hanya untuk ubah tarikh/masa dan tetapan waktu iqamah sahaja.

Tujuan dibuat begitu adalah kerana risau ada sesiapa atau kanak-kanak yang bermain remote hingga menyebabkan berlaku perubahan pada zon kod kawasan seterusnya membawa kepada kesilapan azan pada bukan waktunya.

Pastikan anda ada carta zon kod kawasan untuk membuat setting ini atau jika tiada boleh download di sini Kod Zon Waktu Solat Jam Azan PTime | Jam Azan

Jika ada pertanyaan lain boleh whatsapp dahulu ke 017-5601956 atau layari www.JamAzan.com/shop untuk membuat pembelian.

Cara Tukar Tarikh Masihi & Hijrah Jam Azan PTime

Bagaimana cara menukar tarikh masihi & hijrah jam azan PTime? Ramai yang bertanya admin , jadi admin nak buat sikit panduan tersebut. Untuk pengetahuan tarikh masihi tu adalah tarikh orang putih atau pun dipanggil Gregorian calendar
manakala tarikh hijrah tu tarikh dalam bulan Islam. Cara menukar tarikh masihi & hijrah jam azan PTime tidaklah begitu rumit. Hanya menggunakan butang di sisi kanan jam , anda boleh mengubahnya dengan mengikut langkah di bawah:

Tukar bilangan tahun kalendar masihi (Gregorian ) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 2 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Tukar bilangan hari kalendar masihi (Gregorian ) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 3 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Tukar bilangan bulan kalendar masihi (Gregorian ) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 4 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Tukar bilangan hari kalendar Hijrah (Islam) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 5 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Bilangan bulan dan tahun kalendar Hijrah tak boleh tukar menggunakan butang jam , kena update menggunakan laptop, panduannya disini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime – Jam Azan

Video panduan cara tukar tarikh masihi & hijrah jam azan PTime juga disediakan seperti dibawah ini:

 

https://www.youtube.com/watch?v=N6Wmphm9Teo

 

Jika berminat mendapatkan jam azan boleh tempah di kedai online kami di link ini :

Shop – Jam Azan

Jam Azan Limited Edition

Jam Azan Limited Edition ini adalah keluaran terhad . Design yang ekslusif ini sesuai untuk hiasan dinding bangunan anda atau anda boleh jadikan sebagai hadiah!

Harga : RM499 S/M (Sabah Sarawak + RM30)Saiz : 13″ x 25″ ( Bingkai ) , 11″ x 23″ ( Panel Arcylic )

Berat : +-2.5kg
Paparan LED : LED  ( Merah ) 0.56″ – Tarikh, Tahun & Jam
Sumber Kuasa :240VAC / 5VDC 3A
Bateri Sokongan : 3Vdc ( Lithium CR2032 )
Penggera Bunyi : ‘BIP’ (Penggera tanda masuk waktu solat) / Bunyi bacaan Quran,Zikir dan Azan boleh dipasang jika anda perlukan , boleh dipadam (Mute) jika tidak mahu.
Aksesori : Adaptor 240VAC / 5VDC 3A, Manual Pengguna & Kabel USB
Kesesuaian : Sesuai untuk rumah, surau, pejabat, restoran dan sebagainya

Fungsi :

*Bunyi BIP penggera masuk waktu solat sahaja kerana untuk kegunaan surau/masjid kebiasaannya tidak memerlukan bunyi-bunyian lain.

* Bunyi bacaan Quran,Zikir dan Azan boleh dipasang jika anda perlukan , boleh dipadam (Mute) jika tidak mahu.

1. Memaparkan Kalendar Tarikh (Masehi dan Hijrah berselang-seli).
– Tarikh Hijrah berubah pada waktu Maghrib.
– Tarikh Hijrah berdasarkan kalendar Taqwim Jabatan Agama Islam.
– Tarikh Hijrah boleh diubah +/- 1 hari sekiranya berbeza dengan Kalendar Taqwim.

2. Memaparkan Jam (Ketepatan +/- 1 minit setahun). LED ‘dot’ berkelip setiap 1 saat.

3. Memaparkan 5 Waktu Solat dan Syuruk mengikut zon yang ditetapkan. (Tepat seperti kalendar Taqwim terbitan Jabatan Mufti Negeri. Boleh dikemas-kini.)

Terdapat 5 pilihan design jam azan limited edition:

Untuk maklumat lanjut

Whatsapp ke 0175601956 atau klik sini untuk terus whatsapp staff kami:

Cara Update Tambahan 4 Minit Waktu Solat Isya Negeri Pahang

Jabatan Mufti Negeri Pahang baru-baru ini telah membuat hebahan mengenai tambahan 4 minit bagi waktu Solat Isyak di seluruh negeri Pahang.

Menurut surat hebahan dari jabatan tersebut, terdapat kesalahan dikesan melibatkan janaan data waktu Solat Isyak sahaja bagi tahun 2021 iaitu melibatkan keseluruhan 6 zon negeri Pahang. Kesalahan ini merupakan kesalahan teknikal yang melibatkan kesalahan meletakkan “default” 17 darjah sudut matahari di bawah ufuk oleh pemproses data solat bagi negeri Pahang.

Oleh itu, kami dari JamAzan.com menyeru pemilik-pemilik jam azan samada dipasang di rumah,pejabat,sekolah,surau ,masjid dan lain-lain tempat agar dapat mengemaskini jam azan anda dengan kadar segera.

Cara kemaskini boleh rujuk di sini , klik link di bawah ini:

Klik Sini

Cara Dapatkan Sebutharga Jam Azan Dengan Cepat

Assalamualaikum ,

Pasti ada diantara wakil-wakil syarikat , persatuan , masjid dan lain-lain individu mahupun kumpulan yang memerlukan sebutharga rasmi untuk dibawa ke mesyuarat sebelum membuat pembelian jam azan.

Bagi memudahkan para pelanggan kami, kami ada menyediakan sebutharga segera yang boleh didapati di link ini > https://jamazan.com/shop/

Cara dapatkan sebutharga , ikut langkah demi langkah di bawah:

  1. Masuk link ini https://jamazan.com/shop/
  2. Tentukan produk pilihan anda dan klik butang Add to cart
  3. Scroll down ke bawah sedikit dan klik butang Download Sebutharga
  4. Tunggu sehingga keluar notifikasi download
  5. Semak folder download anda , sebutharga dalam format PDF selesai didownload ke pc anda.

*Harga dalam sebutharga telah termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia kecuali Sabah Sarawak ada sedikit kos pos tambahan.

Cara Kemaskini Jam Azan PTime & Iman 2021

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? lama admin tak update pos di blog JamAzan.com ni.

Sudahkah anda update jam azan anda? Untuk pengetahuan , jam azan perlu diupdate setiap tahun seperti yang dinyatakan di dalam buku manual . Ini bagi memastikan jam anda sentiasa memaparkan waktu solat yang tepat dan terkini mengikut web rasmi Portal e-Solat JAKIM iaitu di link https://www.e-solat.gov.my/ .

Jika anda belum update jam azan anda, berbuatlah sekarang kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi , takut-takut terbuka awal nanti batal pula puasa hehehe. Bahkan waktu solat yang anda ikut sekarang tidak tepat jika anda tidak update jam, bagaimana solat kita tersebut?

Bagaimana cara untuk update jam? Jika anda menggunakan jam azan jenama PTIME , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-ptime/

Jika anda menggunakan jam jenama IMAN / AZKAR , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-azkar-iman/

Pastikan anda mengikut panduan tersebut satu persatu dengan cermat dan teliti agar tidak berlaku kesilapan. Jika ada sebarang masalah boleh whatsapp ke talian hotline 017-5601956 , insyaAllah staff kami akan membantu anda.

Kepada yang belum mendapatkan jam azan, jom dapatkan di kedai online rasmi kami di link ini https://jamazan.com/shop/ . Selamat menunaikan solat dan semoga kita dapat mendidik diri solat pada awal waktu kerana :

Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Kedai Online Jam Azan

Assalamualaikum,

Lama admin tidak menulis dalam blog ini , anda semua apa khabar?

Kali ini admin nak war-warkan mengenai kedai online jam azan yang terkini menggunakan platform Woocommerce. Apa itu Woocommerce? WooCommerce adalah plugin open source untuk WordPress yang digunakan untuk menjalankan bisnes kedai onlindengan menggunakan CMS WordPress.

Kini anda boleh buat tempahan melalui kedai online kami di www.JamAzan.com/shop serta dapat membuat pembayaran secara online terus melalui web kami tersebut. Apa yang menarik adalah, anda tidak perlu beralih kepada website online bank in anda seperti Maybank2u & CimbClicks untuk membuat pembayaran. Hanya kekal melayarai web kami semasa tempahan dibuat.

Ini kerana kami telah menggunapakai sistem pembayaran online FPX . Apa itu FPX?

FPX adalah salah satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia pada era masa ini. Ia merupakan satu platform pemindahan kewangan secara atas talian yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

FPX boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran atas talian bagi bank-bank yang berbeza.

Waktu operasi FPX adalah 24 Jam! Jadi anda boleh buat bayaran kepada JamAzan.com pada bila-bila masa sahaja! Mudah kan?

Berbalik kepada kedai online kami, anda juga boleh menyemak status stok untuk setiap design/model jam azan yang masih ready stock. Disamping itu, anda akan mendapat maklumat mengenai status pembayaran anda, nombor tracking dan perjalanan proses tempahan jam azan anda dengan lebih jelas dan terperinci.

Setiap pengguna kedai online kami dikehendaki mendaftar dahulu di www.JamAzan.com/shop untuk membuat pembelian disamping mendapat faedah-faedah lain di masa akan datang seperti kupon voucer pembelian, maklumat mengenai kemaskini data solat jam azan dan perkara-perkara berkaitan jam azan yang terkini.

Jangan tunggu lagi, jom daftar di kedai online jam azan dan mulakan pembelian jam azan pertama anda dengan kami.

www.JamAzan.com/shop