Category Archives: Jam Azan

Update / Kemaskini Taqwim Jam Azan 1443 – 2022

Sudahkah anda update atau mengemaskini jam azan anda? Jika belum , pastikan anda update dengan segera bagi mengelakkan jam azan tidak berfungsi dalam keadaan normal.

Kenalpasti jenama jam azan anda terlebih dahulu

Untuk jam azan brand PTime , klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Untuk jam azan brand Iman, klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim Azkar / Iman | Jam Azan

Jam azan mestilah dikemaskini setiap tahun bagi mengelakkan kesilapan waktu solat lebih-lebih lagi bagi kegunaan di surau dan masjid. Pastikan anda membaca dan mengikut setiap langkah satu persatu bagi melancarkan proses kemaskini jam azan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp terlebih dahulu , klik link untuk whatsapp:

Jam Azan Limited Edition

Jam Azan Limited Edition ini adalah keluaran terhad . Design yang ekslusif ini sesuai untuk hiasan dinding bangunan anda atau anda boleh jadikan sebagai hadiah!

Harga : RM499 S/M (Sabah Sarawak + RM30)Saiz : 13″ x 25″ ( Bingkai ) , 11″ x 23″ ( Panel Arcylic )

Berat : +-2.5kg
Paparan LED : LED  ( Merah ) 0.56″ – Tarikh, Tahun & Jam
Sumber Kuasa :240VAC / 5VDC 3A
Bateri Sokongan : 3Vdc ( Lithium CR2032 )
Penggera Bunyi : ‘BIP’ (Penggera tanda masuk waktu solat) / Bunyi bacaan Quran,Zikir dan Azan boleh dipasang jika anda perlukan , boleh dipadam (Mute) jika tidak mahu.
Aksesori : Adaptor 240VAC / 5VDC 3A, Manual Pengguna & Kabel USB
Kesesuaian : Sesuai untuk rumah, surau, pejabat, restoran dan sebagainya

Fungsi :

*Bunyi BIP penggera masuk waktu solat sahaja kerana untuk kegunaan surau/masjid kebiasaannya tidak memerlukan bunyi-bunyian lain.

* Bunyi bacaan Quran,Zikir dan Azan boleh dipasang jika anda perlukan , boleh dipadam (Mute) jika tidak mahu.

1. Memaparkan Kalendar Tarikh (Masehi dan Hijrah berselang-seli).
– Tarikh Hijrah berubah pada waktu Maghrib.
– Tarikh Hijrah berdasarkan kalendar Taqwim Jabatan Agama Islam.
– Tarikh Hijrah boleh diubah +/- 1 hari sekiranya berbeza dengan Kalendar Taqwim.

2. Memaparkan Jam (Ketepatan +/- 1 minit setahun). LED ‘dot’ berkelip setiap 1 saat.

3. Memaparkan 5 Waktu Solat dan Syuruk mengikut zon yang ditetapkan. (Tepat seperti kalendar Taqwim terbitan Jabatan Mufti Negeri. Boleh dikemas-kini.)

Terdapat 5 pilihan design jam azan limited edition:

Untuk maklumat lanjut

Whatsapp ke 0175601956 atau klik sini untuk terus whatsapp staff kami:

Cara Update Tambahan 4 Minit Waktu Solat Isya Negeri Pahang

Jabatan Mufti Negeri Pahang baru-baru ini telah membuat hebahan mengenai tambahan 4 minit bagi waktu Solat Isyak di seluruh negeri Pahang.

Menurut surat hebahan dari jabatan tersebut, terdapat kesalahan dikesan melibatkan janaan data waktu Solat Isyak sahaja bagi tahun 2021 iaitu melibatkan keseluruhan 6 zon negeri Pahang. Kesalahan ini merupakan kesalahan teknikal yang melibatkan kesalahan meletakkan “default” 17 darjah sudut matahari di bawah ufuk oleh pemproses data solat bagi negeri Pahang.

Oleh itu, kami dari JamAzan.com menyeru pemilik-pemilik jam azan samada dipasang di rumah,pejabat,sekolah,surau ,masjid dan lain-lain tempat agar dapat mengemaskini jam azan anda dengan kadar segera.

Cara kemaskini boleh rujuk di sini , klik link di bawah ini:

Klik Sini

Cara Dapatkan Sebutharga Jam Azan Dengan Cepat

Assalamualaikum ,

Pasti ada diantara wakil-wakil syarikat , persatuan , masjid dan lain-lain individu mahupun kumpulan yang memerlukan sebutharga rasmi untuk dibawa ke mesyuarat sebelum membuat pembelian jam azan.

Bagi memudahkan para pelanggan kami, kami ada menyediakan sebutharga segera yang boleh didapati di link ini > https://jamazan.com/shop/

Cara dapatkan sebutharga , ikut langkah demi langkah di bawah:

  1. Masuk link ini https://jamazan.com/shop/
  2. Tentukan produk pilihan anda dan klik butang Add to cart
  3. Scroll down ke bawah sedikit dan klik butang Download Sebutharga
  4. Tunggu sehingga keluar notifikasi download
  5. Semak folder download anda , sebutharga dalam format PDF selesai didownload ke pc anda.

*Harga dalam sebutharga telah termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia kecuali Sabah Sarawak ada sedikit kos pos tambahan.

Cara Kemaskini Jam Azan PTime & Iman 2021

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? lama admin tak update pos di blog JamAzan.com ni.

Sudahkah anda update jam azan anda? Untuk pengetahuan , jam azan perlu diupdate setiap tahun seperti yang dinyatakan di dalam buku manual . Ini bagi memastikan jam anda sentiasa memaparkan waktu solat yang tepat dan terkini mengikut web rasmi Portal e-Solat JAKIM iaitu di link https://www.e-solat.gov.my/ .

Jika anda belum update jam azan anda, berbuatlah sekarang kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi , takut-takut terbuka awal nanti batal pula puasa hehehe. Bahkan waktu solat yang anda ikut sekarang tidak tepat jika anda tidak update jam, bagaimana solat kita tersebut?

Bagaimana cara untuk update jam? Jika anda menggunakan jam azan jenama PTIME , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-ptime/

Jika anda menggunakan jam jenama IMAN / AZKAR , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-azkar-iman/

Pastikan anda mengikut panduan tersebut satu persatu dengan cermat dan teliti agar tidak berlaku kesilapan. Jika ada sebarang masalah boleh whatsapp ke talian hotline 017-5601956 , insyaAllah staff kami akan membantu anda.

Kepada yang belum mendapatkan jam azan, jom dapatkan di kedai online rasmi kami di link ini https://jamazan.com/shop/ . Selamat menunaikan solat dan semoga kita dapat mendidik diri solat pada awal waktu kerana :

Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Kedai Online Jam Azan

Assalamualaikum,

Lama admin tidak menulis dalam blog ini , anda semua apa khabar?

Kali ini admin nak war-warkan mengenai kedai online jam azan yang terkini menggunakan platform Woocommerce. Apa itu Woocommerce? WooCommerce adalah plugin open source untuk WordPress yang digunakan untuk menjalankan bisnes kedai onlindengan menggunakan CMS WordPress.

Kini anda boleh buat tempahan melalui kedai online kami di www.JamAzan.com/shop serta dapat membuat pembayaran secara online terus melalui web kami tersebut. Apa yang menarik adalah, anda tidak perlu beralih kepada website online bank in anda seperti Maybank2u & CimbClicks untuk membuat pembayaran. Hanya kekal melayarai web kami semasa tempahan dibuat.

Ini kerana kami telah menggunapakai sistem pembayaran online FPX . Apa itu FPX?

FPX adalah salah satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia pada era masa ini. Ia merupakan satu platform pemindahan kewangan secara atas talian yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

FPX boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran atas talian bagi bank-bank yang berbeza.

Waktu operasi FPX adalah 24 Jam! Jadi anda boleh buat bayaran kepada JamAzan.com pada bila-bila masa sahaja! Mudah kan?

Berbalik kepada kedai online kami, anda juga boleh menyemak status stok untuk setiap design/model jam azan yang masih ready stock. Disamping itu, anda akan mendapat maklumat mengenai status pembayaran anda, nombor tracking dan perjalanan proses tempahan jam azan anda dengan lebih jelas dan terperinci.

Setiap pengguna kedai online kami dikehendaki mendaftar dahulu di www.JamAzan.com/shop untuk membuat pembelian disamping mendapat faedah-faedah lain di masa akan datang seperti kupon voucer pembelian, maklumat mengenai kemaskini data solat jam azan dan perkara-perkara berkaitan jam azan yang terkini.

Jangan tunggu lagi, jom daftar di kedai online jam azan dan mulakan pembelian jam azan pertama anda dengan kami.

www.JamAzan.com/shop

Kod Jam Azan Solat Digital Jenama Iman / Azkar

Berikut merupakan Kod Jam Azan Solat Digital Jenama Iman atau nama lamanya Azkar :

Sila tetapkan semula kod dibawah ini jika ada perubahan pada waktu solat di jam azan anda.

Pilih kod kawasan yang bersesuaian dengan tempat pemasangan jam contohnya jika jam dipasang di Shah Alam Selangor , gunakan kod 032 ( Rujuk gambar  jadual kod di bawah ini)

 

 

Untuk panduan cara setting kod zon kawasan boleh rujuk video youtube :

Kod Jam Azan Solat Digital Jenama PTime

Tercari-cari kod zon waktu solat jam azan PTime? rujuk jadual di bawah


Kod zon waktu solat jam azan PTime

NEGERI

KOD NEGARA

KOD
KAWASAN

KAWASAN

PERLIS

63

11

Seluruh negeri Perlis.

KEDAH

63

21

Zon 1. Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

63

22

Zon 2: Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan.

63

23

Zon 3: Daerah Padang Terap dan Sik.

63

24

Zon 4: Daerah Baling.

63

25

Zon 5: Daerah Kulim dan Bandar Bharu.

63

26

Zon 6: Daerah Pulau Langkawi.

63

27

Zon 7: Puncak Gununq Jerai.

PULAU PINANG

63

31

Seluruh negeri Pulau Pinang.

PERAK

63

41

Zon 1: Tapah, Slim River dan Tanjung Malim.

63

42

Zon 2: Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

63

43

Zon 3: Pengkalan Hulu. Grik dan Lenggong.

63

44

Zon 4: Temenggor dan Belum.

63

45

Zon 5: Teluk Intan, Bagan Dato, Kampung Gajah, Seri Iskandar. Beruas, Parit, Lumut, Setiawan dan Pulau Pangkor.

63

46

Zon 6: Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar.

63

47

Zon 7: Bukit Larut (Tanah Tinggi).

SELANGOR

63

51

Zon 1: Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Petaling, Shah Alam dan Sepang.

63

52

Zon 2: Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

63

53

Zon 3: Kuala Langat dan Kiang.

N. SEMBILAN

63

61

Zon 1: Tampin dan Jempol.

63

62

Zon 2: Seremban. Jelebu. Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

MELAKA

63

71

Seluruh negeri Melaka.

JOHOR

63

81

Zon 1: Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.

63

82

Zon 2: Johor Bahru, Kota Tinggi, Layang-layang dan Mersing.

63

83

Zon 3: Kluang, Pontian dan Benut.

63

84

Zon 4: Batu Pahat, Segamat, Muar dan Tanqkak.

PAHANG

63

91

Zon 1: Pulau Tioman.

63

92

Zon 2: Kuantan, Pekan, Muadzam Shah dan Rompin.

63

93

Zon 3: Temerloh, Chenor. Maran. Jerantut, Jengka dan Bera.

63

94

Zon 4: Raub, Bentung dan Lipis.

63

95

Zon 5: Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi.

63

96

Zon 6: Cameron Highlands. Bukit Fraser dan Genting Highlands.

TERENGGANU

63

101

Zon 1: Besut dan Setiu.

63

102

Zon 2: Kuala Terengganu dan Marang.

63

103

Zon 3: Kemaman dan Dungun.

63

104

Zon 4: Ulu Terengganu.

KELANTAN

63

111

Zon 1. Kota Bharu, Bachok. Pasir Puteh, Tumpat. Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang ( Daerah Chiku ).

63

112

Zon 2: Jeli dan Gua Musang ( Daerah Galas dan Bertam ).

SARAWAK

61

121

Zon 1: Limbang, Lawas, Sundar dan Trusan.

61

122

Zon 2: Niah, Miri, Bekenu dan Sibuti.

61

123

Zon 3: Tatau, Suai. Belaga. Pandan. Sebauh dan Bintulu.

61

124

Zon 4: Igan, Oya, Baligian, Dalat, Mukah, Kapit, Kanowit, Sibu dan Song.

61

125

Zon 5: Belawai, Matu. Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang.

61

126

Zon 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak.

61

127

Zon 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebayau dan Meludam.

61

128

Zon 8: Kuching, Lundu, Sematan dan Bau.

61

128

Zon 9: Zon Khas ( Sempadan ).

SABAH

61

131

Zon 1: Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang,Kota Kinabatangan dan Bukit Garam.

61

132

Zon 2: Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid,Tongod dan Pinangah.

61

133

Zon 3: Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu.

61

134

Zon 4: Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau. Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan.

61

135

Zon 5: Bahagian Kudat: Pulau Banggi. Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat.

61

136

Zon 6: Gunung Kinabalu: Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4101m ).

61

137

Zon 7: Bahagian Pantai Barat: Ranau, Tuaran, Tamparuli, Panampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar.

61

138

Zon 8: Bahagian Pendalaman (Atas): Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau.

61

139

Zon 9: Bahagian Pendalaman (Bawah): Tenom, Long Pa Sia. Membakut, Beaufort. Kuala Penyu.Weston. Menumbok dan Sipitanq.

W.PERSEKUTUAN

63

141

Kuala Lumpur & Putrajaya.

61

143

Labuan.

 

 

Cara set zon kod kawasan jam azan PTime boleh video youtube kami ini:

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan untuk set zon waku solat jam azan PTime, boleh terus whatsapp kami di 017-5601956

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018

Sebulan sudah Ramadhan berlalu. Laungan azan, zikir dan bacaan Quran dari corong speaker jam azan sedikit sebanyak membantu kita dalam menunaikan ibadah Ramadhan insyaAllah. Bagaimana Ramadhan anda pada kali ini? adakah lebih baik dari tahun-tahun lepas? Jika semakin baik Alhamdulillah, jika kurang pertingkatkanlah pada masa akan datang insyaAllah.

Kami dari team JamAzan.com ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari ini memohon kemaafan jika ada kekhilafan ketika proses jual beli . Sama-sama kita bermaafan di hari lebaran.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas,

Admin JamAzan.com

 

 

Jam Azan Sebagai Hadiah Buat Yang Tersayang

Bila tiba suatu sambutan , perayaan , hari lahir,majlis perkahwinan dan majlis perpisahan , pasti anda tertanya-tanya hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada insan yang anda sayangi tersebut.

Pernahkah anda terfikir untuk memberikan suatu hadiah yang mampu mendidik disamping  berdakwah kepada orang yang anda sayangi? Sudah tentu Jam Azan adalah sebuah hadiah yang sangat menepati dengan tujuan tersebut.

JamAzan.com boleh membantu anda untuk membuat “Suprise” atau kejutan kepada orang yang anda sayang . Kami akan melekatkan ucapan di bahagian dalam kotak atau pada jam itu sendiri , rujuk contoh gambar dibawah. Ianya percuma sahaja kerana kami hanya menggunakan kertas A4. Jika anda mahu menggunakan kad ucapan atau pembalut hadiah,reben dan sebagainya, ada sedikit kos perlu ditambah ya.

Ia juga boleh dijadikan hantaran perkahwinan , wakaf kepada surau/masjid , wakaf kepada rumah anak yatim , hadiah kepada staff yang cemerlang dan lain-lain.

Jom hadiahkan kepada insan yang anda sayang! Berminat?

 Klik sini untuk terus whatsapp>>> http://JamAzanDotCom.wasap.my
 Whatsapp number : 017-5601956