Kedai Online Jam Azan

Assalamualaikum,

Lama admin tidak menulis dalam blog ini , anda semua apa khabar?

Kali ini admin nak war-warkan mengenai kedai online jam azan yang terkini menggunakan platform Woocommerce. Apa itu Woocommerce? WooCommerce adalah plugin open source untuk WordPress yang digunakan untuk menjalankan bisnes kedai onlindengan menggunakan CMS WordPress.

Kini anda boleh buat tempahan melalui kedai online kami di www.JamAzan.com/shop serta dapat membuat pembayaran secara online terus melalui web kami tersebut. Apa yang menarik adalah, anda tidak perlu beralih kepada website online bank in anda seperti Maybank2u & CimbClicks untuk membuat pembayaran. Hanya kekal melayarai web kami semasa tempahan dibuat.

Ini kerana kami telah menggunapakai sistem pembayaran online FPX . Apa itu FPX?

FPX adalah salah satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia pada era masa ini. Ia merupakan satu platform pemindahan kewangan secara atas talian yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

FPX boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran atas talian bagi bank-bank yang berbeza.

Waktu operasi FPX adalah 24 Jam! Jadi anda boleh buat bayaran kepada JamAzan.com pada bila-bila masa sahaja! Mudah kan?

Berbalik kepada kedai online kami, anda juga boleh menyemak status stok untuk setiap design/model jam azan yang masih ready stock. Disamping itu, anda akan mendapat maklumat mengenai status pembayaran anda, nombor tracking dan perjalanan proses tempahan jam azan anda dengan lebih jelas dan terperinci.

Setiap pengguna kedai online kami dikehendaki mendaftar dahulu di www.JamAzan.com/shop untuk membuat pembelian disamping mendapat faedah-faedah lain di masa akan datang seperti kupon voucer pembelian, maklumat mengenai kemaskini data solat jam azan dan perkara-perkara berkaitan jam azan yang terkini.

Jangan tunggu lagi, jom daftar di kedai online jam azan dan mulakan pembelian jam azan pertama anda dengan kami.

www.JamAzan.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.