Category Archives: Blogs

Update Kemaskini 2023/1444 Jam Azan PTime Anda Sekarang!

Setahun telah pun berlalu meninggalkan kita.

Tahun ini tahun 2023 , semoga kita terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.

Jangan lupa untuk update jam azan Ptime anda kepada taqwim 2023/1444. Data terkini boleh download di link ini:

Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Pastikan anda mempunyai peralatan update yang lengkap seperti laptop/pc dan cable penyambung dari jam ke laptop/pc . Jika anda tiada cable tersebut , anda boleh gunakan juga cable printer yang digunakan untuk sambungan dari printer ke laptop/pc anda kerana ia menggunakan cable jenis yang sama.

 

Pastikan juga bateri backup jam azan anda berfungsi dengan baik. Bagaimana nak tahu bateri anda dalam keadaan baik? Boleh cuba ubah waktu jam azan atau ubah tarikh , kemudian Off jam sebentar dan On semula .Jika paparan di jam menunjukkan apa yang anda set tadi adalah sama , maka bateri dalam keadaan baik. Jika sebaliknya , sila tukar bateri jam azan, caranya rujuk video panduan ini:

 

Video Tutorial Panduan & Tips Jam Azan PTime

Laman ini adalah panduan berbentuk video bagi memudahkan anda menyelesaikan masalah jam azan Ptime yang anda hadapi.
Semoga video panduan ini dapat membantu anda.

Prev 1 of 1 Next
Prev 1 of 1 Next

Update / Kemaskini Taqwim Jam Azan 1443 – 2022

Sudahkah anda update atau mengemaskini jam azan anda? Jika belum , pastikan anda update dengan segera bagi mengelakkan jam azan tidak berfungsi dalam keadaan normal.

Kenalpasti jenama jam azan anda terlebih dahulu

Untuk jam azan brand PTime , klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Untuk jam azan brand Iman, klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim Azkar / Iman | Jam Azan

Jam azan mestilah dikemaskini setiap tahun bagi mengelakkan kesilapan waktu solat lebih-lebih lagi bagi kegunaan di surau dan masjid. Pastikan anda membaca dan mengikut setiap langkah satu persatu bagi melancarkan proses kemaskini jam azan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp terlebih dahulu , klik link untuk whatsapp:

Cara Setting Zon Kawasan Solat Jam Azan Masjid PTime

Harini admin ada buat sedikit rakaman bagaimana untuk setting zon kawasan solat untuk jam azan masjid PTime.

Jam ini tak boleh set menggunakan remote untuk setting zon kawasan , perlu guna butang di tepi jam. Remote tu hanya untuk ubah tarikh/masa dan tetapan waktu iqamah sahaja.

Tujuan dibuat begitu adalah kerana risau ada sesiapa atau kanak-kanak yang bermain remote hingga menyebabkan berlaku perubahan pada zon kod kawasan seterusnya membawa kepada kesilapan azan pada bukan waktunya.

Pastikan anda ada carta zon kod kawasan untuk membuat setting ini atau jika tiada boleh download di sini Kod Zon Waktu Solat Jam Azan PTime | Jam Azan

Jika ada pertanyaan lain boleh whatsapp dahulu ke 017-5601956 atau layari www.JamAzan.com/shop untuk membuat pembelian.

Cara Tukar Tarikh Masihi & Hijrah Jam Azan PTime

Bagaimana cara menukar tarikh masihi & hijrah jam azan PTime? Ramai yang bertanya admin , jadi admin nak buat sikit panduan tersebut. Untuk pengetahuan tarikh masihi tu adalah tarikh orang putih atau pun dipanggil Gregorian calendar
manakala tarikh hijrah tu tarikh dalam bulan Islam. Cara menukar tarikh masihi & hijrah jam azan PTime tidaklah begitu rumit. Hanya menggunakan butang di sisi kanan jam , anda boleh mengubahnya dengan mengikut langkah di bawah:

Tukar bilangan tahun kalendar masihi (Gregorian ) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 2 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Tukar bilangan hari kalendar masihi (Gregorian ) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 3 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Tukar bilangan bulan kalendar masihi (Gregorian ) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 4 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Tukar bilangan hari kalendar Hijrah (Islam) :
1. Tekan butang set (butang merah) dalam 3 saat dan lepaskan ,maksudnya tekan tu jangan lepas lagi . Selepas 3 saat baru lepaskan.
2. Tekan butang next (butang hijau) 5 kali
3. Tekan butang + atau – (butang kuning) untuk mendapatkan bilangan hari yang anda kehendaki
4. Akhir sekali tekan butang set semula sekali sahaja, tidak perlu tekan 3 saat seperti langkah 1

Bilangan bulan dan tahun kalendar Hijrah tak boleh tukar menggunakan butang jam , kena update menggunakan laptop, panduannya disini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime – Jam Azan

Video panduan cara tukar tarikh masihi & hijrah jam azan PTime juga disediakan seperti dibawah ini:

 

https://www.youtube.com/watch?v=N6Wmphm9Teo

 

Jika berminat mendapatkan jam azan boleh tempah di kedai online kami di link ini :

Shop – Jam Azan

Cara Dapatkan Sebutharga Jam Azan Dengan Cepat

Assalamualaikum ,

Pasti ada diantara wakil-wakil syarikat , persatuan , masjid dan lain-lain individu mahupun kumpulan yang memerlukan sebutharga rasmi untuk dibawa ke mesyuarat sebelum membuat pembelian jam azan.

Bagi memudahkan para pelanggan kami, kami ada menyediakan sebutharga segera yang boleh didapati di link ini > https://jamazan.com/shop/

Cara dapatkan sebutharga , ikut langkah demi langkah di bawah:

  1. Masuk link ini https://jamazan.com/shop/
  2. Tentukan produk pilihan anda dan klik butang Add to cart
  3. Scroll down ke bawah sedikit dan klik butang Download Sebutharga
  4. Tunggu sehingga keluar notifikasi download
  5. Semak folder download anda , sebutharga dalam format PDF selesai didownload ke pc anda.

*Harga dalam sebutharga telah termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia kecuali Sabah Sarawak ada sedikit kos pos tambahan.

Cara Kemaskini Jam Azan PTime & Iman 2021

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? lama admin tak update pos di blog JamAzan.com ni.

Sudahkah anda update jam azan anda? Untuk pengetahuan , jam azan perlu diupdate setiap tahun seperti yang dinyatakan di dalam buku manual . Ini bagi memastikan jam anda sentiasa memaparkan waktu solat yang tepat dan terkini mengikut web rasmi Portal e-Solat JAKIM iaitu di link https://www.e-solat.gov.my/ .

Jika anda belum update jam azan anda, berbuatlah sekarang kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi , takut-takut terbuka awal nanti batal pula puasa hehehe. Bahkan waktu solat yang anda ikut sekarang tidak tepat jika anda tidak update jam, bagaimana solat kita tersebut?

Bagaimana cara untuk update jam? Jika anda menggunakan jam azan jenama PTIME , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-ptime/

Jika anda menggunakan jam jenama IMAN / AZKAR , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-azkar-iman/

Pastikan anda mengikut panduan tersebut satu persatu dengan cermat dan teliti agar tidak berlaku kesilapan. Jika ada sebarang masalah boleh whatsapp ke talian hotline 017-5601956 , insyaAllah staff kami akan membantu anda.

Kepada yang belum mendapatkan jam azan, jom dapatkan di kedai online rasmi kami di link ini https://jamazan.com/shop/ . Selamat menunaikan solat dan semoga kita dapat mendidik diri solat pada awal waktu kerana :

Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Jam Azan Masjid Latar Belakang Pilihan Pelanggan

Assalamualaikum,

Jika anda berminat membeli atau mewakafkan jam azan masjid untuk masjid di kawasan anda, anda sebenarnya boleh meminta untuk membuat perubahan latar belakang jam. Maksudnya disini, anda boleh letakkan gambar masjid anda atau apa-apa gambar yang releven seperti gambar Kaabah, Masjid Nabawi ,Masjid Aqsa dan lain-lain sebagai latar belakang jam .

Kos tambahan yang dikenakan hanyalah RM200 sahaja. Gambar latar belakang tersebut bukan semata-mata sticker atau kertas biasa dalam bahagian dalam jam ya, ia adalah cetakan langsung ke atas permukaan dalam jam tersebut.
Jam dengan latar belakang masjid anda sendiri sebenarnya tampak lebih ekslusif dan menarik perhatian jemaah yang hadir.

Antara jam yang kami siapkan baru baru ini adalah jam Surau Cemara yang menggunakan gambar latar belakang kaabah dari pandangan atas. Dengan editing yang menarik dari designer kami, teserlah kecantikan jam ini dengan tona warna yang sedap dipandang mata. Terima kasih kepada pelanggan kami yang memilih perkhidmatan kami.

Jika anda berminat untuk mendapatkan jam azan masjid, jangan segan silu untuk mendapatkan khidmat nasihat kami sebelum membuat tempahan dengan cara whatsapp ke nombor tel 017-5601956.
Anda juga boleh dapatkan katalog jam azan untuk memudahkan urusan anda membuat pemilihan dan perbincangan dengan AJK masjid.

Terima kasih, sekadar untuk ini sahaja perkongsian kami hari ini.

Apa Kelebihan yang Anda Dapat Jika Order di JamAzan.com?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa ada sesetengah kedai jam azan yang menjual jam lebih murah berbanding kedai kami. Tidak dinafikan sesiapa sahaja sukakan tawaran harga yang lebih murah , namun tidak memikirkan masalah-masalah yang akan datang dari sudut waranti , kos pengeposan semula dan bantuan / sokongan selepas pembelian.

Persoalannya ,apa kelebihan yang nda dapat Jika order di JamAzan.com?

      1. Waranti 2 Tahun

        YA! jam anda dilindungi waranti selama 2 tahun (Model PTime) . Semua jenis kerosakan akan ditanggung oleh pihak kami. Jika adaptor anda disambar kilat sekalipun kami akan ganti adaptor baru ye. Bayangkan jika jam azan yang anda beli tiada waranti ataupun waranti yang singkat dan tiba-tiba jam anda langsung tidak berfungsi , sudah tentu anda terpaksa membeli baru! 

      2. Jaminan Penghantaran

        Kami akan pastikan penghantaran jam azan anda dalam keaadaan selamat iaitu dengan meletakkan protection tambahan pada setiap sudut jam yang sensitif. Sekiranya jam yang anda terima pecah atau rosak, kami akan meminta pihak kurier kami pickup jam di rumah anda . Anda tidak perlu membuat pengeposan di pejabat pos. Jadi, anda tidak perlu keluarkan kos pos, kami akan tanggung. Jam baru akan diposkan kepada anda. Bayangkan sekiranya syarikat yang anda beli tidak memberi sebarang jaminan penghantaran , anda perlu keluarkan kos penghantaran sekitar RM15 ke RM20. Itu baru sekali , jika 2 atau 3 kali bagaimana? Banyak kos yang anda perlu keluarkan.

      3. Bantuan & Sokongan

        Bantuan & sokongan akan diberikan melalui Whatsapp atau call. Jika anda tidak tahu cara menggunakan setiap fungsi jam azan, kami akan whatsapp video panduan yang lebih mudah untuk difahami. Buku manual turut disediakan dalam kotak jam. Bayangkan apabila anda whatsapp atau call syarikat yang anda beli jam azan untuk bertanya perkara berkaitan jam anda tetapi tidak mendapat respon , tentu anda berasa tidak puas hati dan berasa marah kan?

      4. Kami SET Jam Untuk Anda

        YA INSYAALLAH! Kami akan meminta staff kami untuk set jam azan untuk anda iaitu setting Zon kawasan solat mengikut daerah di tempat anda dan setting azan,zikir serta bacaan quran. Anda terima jam , terus ON dan gantung jam sahaja. Ia akan berjalan secara automatik! Ada juga anak-anak yang membelikan jam untuk dijadikan hadiah kepada orang tua mereka, jadi mereka mintakan kami set jam untuk memudahkan orang tua mereka 🙂

Inilah antara kelebihan jika anda order di kedai kami , anda tidak akan dapat kesemua tawaran ini dimana-mana kedai melainkan JamAzan.com.

Nak tempah Jam Azan?
❤ Klik sini untuk terus whatsapp>>> http://JamAzanDotCom.wasap.my
Whatsapp number : 017-5601956
———————————————————————————
❤ Atau boleh dapatkan di kedai online Shopee kami:
———————————————————————————
❤ Atau boleh dapatkan di kedai online Lazada kami:
———————————————————————————
❤ Bahan pembacaan mengenai jam azan boleh baca di website rasmi kami:

Kod Jam Azan Solat Digital Jenama Iman / Azkar

Berikut merupakan Kod Jam Azan Solat Digital Jenama Iman atau nama lamanya Azkar :

Sila tetapkan semula kod dibawah ini jika ada perubahan pada waktu solat di jam azan anda.

Pilih kod kawasan yang bersesuaian dengan tempat pemasangan jam contohnya jika jam dipasang di Shah Alam Selangor , gunakan kod 032 ( Rujuk gambar  jadual kod di bawah ini)

 

 

Untuk panduan cara setting kod zon kawasan boleh rujuk video youtube :