Jam Digital Masjid

Assalamualaikum,

Kali ini admin ingin berkongsi sedikit tips pemilihan jam azan untuk kegunaan masjid.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai jam digital masjid terutamanya dari segi saiz.

Pertama sekali , dapatkan terlebih dahulu saiz masjid iaitu ukuran dari tempat gantung jam hingga saf akhir.

Kes pertama: jika jarak dari saf akhir ke hadapan kurang dari 60 kaki , saiz jam yang sesuai adalah 27 inci x 21 inci atau dalam kaki ialah 2.25 kaki x 1.75 kaki. Jam dibawah ini adalah paling sesuai untuk masjid yang berukuran tersebut.

 

Kes kedua: jika jarak dari saf akhir ke hadapan kurang dari 130 kaki , saiz jam yang sesuai adalah 52 inci x 28 inci atau dalam kaki ialah 4 kaki x 2 kaki. Maka,jam dibawah ini adalah paling sesuai untuk masjid yang berukuran tersebut.

Persoalan lain mengenai Jam Digital Masjid adalah mengenai waktu iqamah. Waktu iqamah jam digital masjid berfungsi seperti countdown timer. Untuk lebih mudah difahami , ia seperti kita mengira jam sebelum masuk waktu tepat jam 12mlm hari kemerdekaan Malaysia iaitu kebiasaan yang kita dengar laungan ” 10 , 9 , 8 , 7 ,6 ,5 ,4 ,3 ,2 ,1 MERDEKA MERDEKA MERDEKA “. Ini sekadar penerangan mudah bagi anda yang kurang faham mengenai countdown timer.

Kebiasaan masjid-masjid di malaysia menggunakan tetapan 10 minit countdown untuk setiap waktu solat kecuali subuh iaitu 15 minit. Dalam tempoh 10 minit -15 minit selepas azan inilah waktu solat sunat dan waktu menunggu sementara jemaah lain datang ke masjid.

Pemilihan jam digital masjid perlulah dibawa ke dalam mesyuarat ajk masjid terlebih dahulu sebelum membuat keputusan agar tidak berlaku sebarang kesilapan memilih saiz yang sesuai untuk kegunaan masjid. Jam digital masjid merupakah satu keperluan untuk sesebuah masjid kerana ia memudahkan jemaah merujuk waktu solat terkini disamping memudahkan bilal menjalankan tugasan harian dengan lancar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.