Tag Archives: jam masjid automatik

Jam Digital Masjid

Assalamualaikum,

Kali ini admin ingin berkongsi sedikit tips pemilihan jam azan untuk kegunaan masjid.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai jam digital masjid terutamanya dari segi saiz.

Pertama sekali , dapatkan terlebih dahulu saiz masjid iaitu ukuran dari tempat gantung jam hingga saf akhir.

Kes pertama: jika jarak dari saf akhir ke hadapan kurang dari 60 kaki , saiz jam yang sesuai adalah 27 inci x 21 inci atau dalam kaki ialah 2.25 kaki x 1.75 kaki. Jam dibawah ini adalah paling sesuai untuk masjid yang berukuran tersebut.

 

Kes kedua: jika jarak dari saf akhir ke hadapan kurang dari 130 kaki , saiz jam yang sesuai adalah 52 inci x 28 inci atau dalam kaki ialah 4 kaki x 2 kaki. Maka,jam dibawah ini adalah paling sesuai untuk masjid yang berukuran tersebut.

Persoalan lain mengenai Jam Digital Masjid adalah mengenai waktu iqamah. Waktu iqamah jam digital masjid berfungsi seperti countdown timer. Untuk lebih mudah difahami , ia seperti kita mengira jam sebelum masuk waktu tepat jam 12mlm hari kemerdekaan Malaysia iaitu kebiasaan yang kita dengar laungan ” 10 , 9 , 8 , 7 ,6 ,5 ,4 ,3 ,2 ,1 MERDEKA MERDEKA MERDEKA “. Ini sekadar penerangan mudah bagi anda yang kurang faham mengenai countdown timer.

Kebiasaan masjid-masjid di malaysia menggunakan tetapan 10 minit countdown untuk setiap waktu solat kecuali subuh iaitu 15 minit. Dalam tempoh 10 minit -15 minit selepas azan inilah waktu solat sunat dan waktu menunggu sementara jemaah lain datang ke masjid.

Pemilihan jam digital masjid perlulah dibawa ke dalam mesyuarat ajk masjid terlebih dahulu sebelum membuat keputusan agar tidak berlaku sebarang kesilapan memilih saiz yang sesuai untuk kegunaan masjid. Jam digital masjid merupakah satu keperluan untuk sesebuah masjid kerana ia memudahkan jemaah merujuk waktu solat terkini disamping memudahkan bilal menjalankan tugasan harian dengan lancar.

 

 

Membekal Jam Azan Masjid Untuk MASJID AR-RAHMAN R.P.T TEMALIR, Kuala Krai Kelantan

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada En Zawawi dan En Wadi kerana sudi tempah Jam Azan Masjid untuk masjid di daerah Kuala Krai Kelantan ,MASJID AR-RAHMAN R.P.T TEMALIR.

Jam Azan MASJID AR-RAHMAN R.P.T TEMALIR

Pihak masjid meminta untuk menampal sticker nama masjid di jam, JamAzan.com berbesar hati memberikan secara percuma sahaja sticker tersebut. Sticker nama jam selalunya dilekatkan di atas cermin (panel) kerana jika lekat di bahagian dalam, ia tidak akan kelihatan dari luar. Ia adalah disebabkan cermin atau panel itu sendiri telah dicetak bewarna. Jika tuan/puan tidak selesa dengan penggunaan sticker, kami boleh cetak nama masjid di cermin tersebut tetapi ia melibatkan sedikit kos (Boleh bincang melalui whatsapp 017-5601956) .

Tempahan dibuat oleh En Zawawi pada 29 Ogos 2017 dan mereka telah menerima jam pada 12 september, sepatutnya dapat dalam 2-3 hari sahaja, oleh kerana cuti umum Raya Haji dan tempoh utk siapkan sticker, jadi ambil masa sedikit untuk penghantaran.

Alhamdulillah syukur sekali lagi kerana penghantaran dibuat dengan sempurna dan jam telah siap digantung dengan kemas oleh pihak masjid.

Türkiyenin en büyük evden eve taşıma web sitesine hoş geldiniz linklere tıklayıp sayfamızı ziyaret edebilirsiniz.
vip depo
gaziantep evden eve taşıma
kayseri evden eve taşıma
kocaeli evden eve taşıma