Author Archives: Admin

Jam Azan Iman Design BARU

3 design dari atas iaitu Kod: Mekah WF , Mekah BF dan Nabawi WF adalah design terkini keluaran Iman. Permintaan terhadap jam azan berlatar belakang Mekah/Kaabah dan masjid nabawi sangat tinggi, jadi pihak Iman mengeluarkannya demi memenuhi keinginan pelanggan.

Dengan kemasan bingkai kayu warna hitam / putih , menambahkan keanggunan jam azan tersebut. Bahkan melihat pada kaabah memberi pahala insyaAllah.

Jom hiasi dinding rumah anda dengan jam azan, bukan sahaja dapat memperingati waktu solat, malahan boleh membantu dari segi hafalan Al-Quran selain dapat mewujudkan suasana islamik di dalam rumah.

Anak-anak soleh bermula dari Ibu Bapa mithali!

Whatsapp sekarang ke 017-5601956 atau dapatkan jam azan di www.Kedai.JamAzan.com sekarang!

 

Jam Digital Masjid

Assalamualaikum,

Kali ini admin ingin berkongsi sedikit tips pemilihan jam azan untuk kegunaan masjid.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai jam digital masjid terutamanya dari segi saiz.

Pertama sekali , dapatkan terlebih dahulu saiz masjid iaitu ukuran dari tempat gantung jam hingga saf akhir.

Kes pertama: jika jarak dari saf akhir ke hadapan kurang dari 60 kaki , saiz jam yang sesuai adalah 27 inci x 21 inci atau dalam kaki ialah 2.25 kaki x 1.75 kaki. Jam dibawah ini adalah paling sesuai untuk masjid yang berukuran tersebut.

 

Kes kedua: jika jarak dari saf akhir ke hadapan kurang dari 130 kaki , saiz jam yang sesuai adalah 52 inci x 28 inci atau dalam kaki ialah 4 kaki x 2 kaki. Maka,jam dibawah ini adalah paling sesuai untuk masjid yang berukuran tersebut.

Persoalan lain mengenai Jam Digital Masjid adalah mengenai waktu iqamah. Waktu iqamah jam digital masjid berfungsi seperti countdown timer. Untuk lebih mudah difahami , ia seperti kita mengira jam sebelum masuk waktu tepat jam 12mlm hari kemerdekaan Malaysia iaitu kebiasaan yang kita dengar laungan ” 10 , 9 , 8 , 7 ,6 ,5 ,4 ,3 ,2 ,1 MERDEKA MERDEKA MERDEKA “. Ini sekadar penerangan mudah bagi anda yang kurang faham mengenai countdown timer.

Kebiasaan masjid-masjid di malaysia menggunakan tetapan 10 minit countdown untuk setiap waktu solat kecuali subuh iaitu 15 minit. Dalam tempoh 10 minit -15 minit selepas azan inilah waktu solat sunat dan waktu menunggu sementara jemaah lain datang ke masjid.

Pemilihan jam digital masjid perlulah dibawa ke dalam mesyuarat ajk masjid terlebih dahulu sebelum membuat keputusan agar tidak berlaku sebarang kesilapan memilih saiz yang sesuai untuk kegunaan masjid. Jam digital masjid merupakah satu keperluan untuk sesebuah masjid kerana ia memudahkan jemaah merujuk waktu solat terkini disamping memudahkan bilal menjalankan tugasan harian dengan lancar.

 

 

Kemaskini / Update Jam Azan Iman 2019-1440H

Cara kemaskini / update jam azan Iman adalah seperti biasa. Sila lihat langkah dibawah :

Langkah 1 – Cabut SD Card

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila cabut SD Card di belakang atau bahagian tepi jam azan anda. Kemudian masukkan SD Card di laptop atau komputer anda. Jika di laptop kebiasaannya ada memory card reader slot. 

 

Langkah 2 – Buka Folder Sd Card

★ Masuk “MyComputer” atau “Computer” di laptop anda kemudian klik pada simbol “SD Card” anda tersebut. Anda akan dapat lihat semua file yang terkandung dalam SD Card tersebut seperti gambarajah di bawah:

Langkah 3 – Buka Folder “Pray times”

★ Buka folder “Pray times” dan anda akan dapat lihat 2 file di bawah ini. Delete kedua-dua file tersebut kerana ini adalah data taqwim solat JAKIM 2018.

Langkah 4 – Download Data Taqwim Solat JAKIM 2019 / 1440H

Sila download kedua-dua file di bawah , klik link biru  ini :

data solat bg seluruh malaysia new update 2019.bin

Langkah 5 – Copy & Paste

Copy & Paste-kan kedua-dua file yang anda download tadi ke dalam folder “Pray times”

 

Langkah 6 – Pasang SD Card Pada Jam

Pasang / masukkan kembali SD Card pada jam anda dan hidupkan semula jam anda.

 

Langkah 7 – Refresh Jam

Refresh jam anda, cara refresh jam rujuk gambar dibawah:

 

Langkah 8 – Set semula zon kod kawasan

Sila rujuk buku manual untuk set zon kod kawasan atau boleh tonton video di sini:

 

 

SELESAI

 

 

Showroom JamAzan.com Cawangan Sungai Petani Kedah

Assalamualaikum , lama benar admin tak update blog jam azan ni atas kesibukan dan jadual waktu yang padat dengan aktiviti . Untuk makluman anda semua, kini anda boleh dapatkan jam azan di Sungai Petani, Kedah! Orang utara tunggu apa lagi noh , jom serbu untuk dapatkannya hehe.

Lokasi showroom ini terletak di Taman Tuanku Haminah , kira-kira 20 ke 25 minit dari Tol Sg Petani Utara. Jika anda berniat untuk mendapatkan jam azan, minta buat temujanji dahulu sebelum pergi . Sila Whatsapp “Temujanji JamAzan.com” ke 017-5601956 untuk mengatur temujanji anda dengan kami. Kami akan berikan whatsapp location dan panduan untuk ke showroom kami.

Permintaan jam azan yang semakin meningkat antara faktor mengapa kami membuka showroom di utara semenanjung. Alhamdulillah semakin ramai yang mahukan suasana islamik dalam rumah disamping dapat mendidik diri menjaga solat di awal waktu. Ia merupakan suatu medium dakwah yang bermula dari rumah anda . Anak-anak mendapat manfaat dari jam azan terutamanya dari sudut hafalan Quran, zikir dan doa-doa yang dikumandangkan jam azan bila tiba waktu yang ditetapkan.

Kepada warga utara, ambil peluang untuk lihat sendiri jam azan sebelum mendapatkannya, staff kami sedia untuk memberi penjelasan tentang fungsi jam azan tersebut. Jom dapatkan sekarang!

Sila Whatsapp “Temujanji JamAzan.com” ke 017-5601956 untuk mengatur temujanji anda dengan kami.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018

Sebulan sudah Ramadhan berlalu. Laungan azan, zikir dan bacaan Quran dari corong speaker jam azan sedikit sebanyak membantu kita dalam menunaikan ibadah Ramadhan insyaAllah. Bagaimana Ramadhan anda pada kali ini? adakah lebih baik dari tahun-tahun lepas? Jika semakin baik Alhamdulillah, jika kurang pertingkatkanlah pada masa akan datang insyaAllah.

Kami dari team JamAzan.com ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari ini memohon kemaafan jika ada kekhilafan ketika proses jual beli . Sama-sama kita bermaafan di hari lebaran.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas,

Admin JamAzan.com

 

 

Promosi Jam Azan Bulan Rejab

 

Assalamualaikum,

Promosi jam azan bulan Rejab kini datang lagi. Diskaun 5% untuk model terpilih sahaja.

Cepat dapatkan kerana promosi ini baru bermula kelmarin 20 Mac 2018 dan akan berakhir pada 31 Mac 2018.

Promosi ini hanya sah di kedai online shopee kami sahaja! Jom layari kedai online shopee kami di sini –> http://shopee.com.my/jamazan

Anda sudah tentu sedia maklum bahawa shopee adalah website membeli belah atas talian yang paling dipercayai masa kini. Pembelian di situ sangat mudah kerana ada banyak pilihan cara pembayaran disamping risiko penipuan yang tersangat rendah.

Setiap pembayaran yang anda lakukan, pihak shopee akan “pegang” duit anda. Selepas anda menerima barang , barulah pihak shopee membayar kepada kami. Mudahkan?

Jom dapatkan jam azan promosi bulan Rejab sekarang sebelum terlambat!!

Cara Mengemaskini Jam Azan Azkar / Iman 2018-1439H

Ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak tahu cara untuk mengemaskini taqwim terkini jam azan Azkar / Iman ini. Sila turuti langkah mudah di bawah dengan bagi mengemaskini jam azan anda:

Langkah 1 – Cabut SD Card

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila cabut SD Card di belakang atau bahagian tepi jam azan anda. Kemudian masukkan SD Card di laptop atau komputer anda. Jika di laptop kebiasaannya ada memory card reader slot. 

 

Langkah 2 – Buka Folder Sd Card

★ Masuk “MyComputer” atau “Computer” di laptop anda kemudian klik pada simbol “SD Card” anda tersebut. Anda akan dapat lihat semua file yang terkandung dalam SD Card tersebut seperti gambarajah di bawah:

Langkah 3 – Buka Folder “Pray times”

★ Buka folder “Pray times” dan anda akan dapat lihat 2 file di bawah ini. Delete kedua-dua file tersebut kerana ini adalah data taqwim solat JAKIM 2017.

Langkah 4 – Download Data Taqwim Solat JAKIM 2018

Sila download kedua-dua file data taqwim solat JAKIM 2018 , klik link biru dibawah ini :

data solat bg seluruh malaysia new update 2018.bin

Langkah 5 – Copy & Paste

Copy & Paste-kan data taqwim solat JAKIM 2018 yang anda download tadi ke dalam folder “Pray times”

 

Langkah 6 – Pasang SD Card Pada Jam

Pasang / masukkan kembali SD Card pada jam anda dan hidupkan semula jam anda.

 

Langkah 7 – Refresh Jam

Refresh jam anda, cara refresh jam rujuk gambar dibawah:

 

Langkah 8 – Set semula zon kod kawasan

Sila rujuk buku manual untuk set zon kod kawasan atau boleh tonton video di sini:

 

 

SELESAI

 

 

Manfaat Jam Azan

Jam azan merupakan salah satu teknologi masa kini sebagai sebuah alat untuk memberi peringatan masuknya waktu solat disamping memupuk suasana kerohanian samada dalam sebuah keluarga,institusi,syarikat dan lain-lain.

Antara manfaat lain jam azan ialah:

–> Masalah sukar untuk bangun tahajud/subuh. Dengan memiliki jam ini, setiap hari anda akan dikejutkan dengan azan Subuh di bilik tidur anda , dan ada sesetengah model jam boleh disetkan alarm untuk bangun tahajud. Boleh juga setkan suara sendiri, contoh “Subuh dah masuk , bangun bangun! ”

–> Setiap jam atau 30 minit anda akan mendengar zikir menyebut nama ALLAH. Secara tidak langsung anda akan turut berzikir. Sekurangnya ia memperingatkan kita untuk berzikir!

–> Mengingatkan anda dan juga ahli keluarga anda akan kepentingan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat berkualiti dan disayangi Allah.

–> Mewujudkan suasana yang tenang dalam rumah anda dengan alunan azan, zikir dan mengaji Al-Quran.

–> Menghindar gangguan jin dan syaitan, kerana alunan-alunan azan membuatkan syaitan lari betul tak?

–> Hiasan dinding rumah anda nampak menarik . Pasti tetamu di rumah anda akan tertarik untuk mendapatkannya.

–> Pendidikan buat anak-anak. Hari-hari dengar surah tertentu yang dibacakan Jam Azan setiap 10 minit sebelum azan ,sampai anak-anak pun dah boleh hafal.

–> Anda boleh jadikan jam azan sebagai hadiah hari ibu/bapa,hadiah hari guru, sedekah atau wakaf kepada masjid/surau/rumah anak yatim/maahad tahfiz ,hadiah perkahwinan, hadiah hantaran dan sebagainya

–> Boleh letak di dapur , suri rumah lebih tenang dalam menyediakan masakan.

 

 

Pembelian Jam Azan Melalui Kredit / Debit Kad

Assalamualaikum,

Kini anda boleh membuat pembayaran jam azan melalui Kredit atau Debit kad!

Ya! atas permintaan ramai seiring dengan teknologi yang semakin canggih , kami telah menyertai kedai online yang terkenal pada masa kini , tak lain tak bukan ialah Shopee.com.my!

Siapa tak tahu shopee? iklan yang dalam televisyen tu , yang sebut “Shopee, Shopee, Shopee”.. Dalam kedai online shopee ini , anda boleh lihat semua jenis jam azan yang kami jual. Pembelian sangat mudah kerana anda boleh bayar menggunakan kredit atau debit kad.

Selalulah melawati kedai online shopee kami kerana kadang-kadang ada diskaun promosi yang kami tawarkan hanya di kedai kami tersebut. Ini sedikit screenshot dari kedai online shopee kami, lihat gambar dibawah :

Jom dapatkan jam azan di kedai online Shopee kami , klik sini link kedai kami:

http://shopee.com.my/jamazan

Membekal & Memasang Jam Azan Masjid Digital Di Surau At-Taqwa Bandar Amanjaya Zon Anggerik

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana berkesempatan menunaikan amanah seorang hamba Allah yang mewakafkan jam azan masjid (saiz besar) untuk kegunaan surau At-Taqwa Bandar Amanjaya Zon Anggerik. Team JamAzan.com dianggotai En.Khairul & En. Rizal tiba di surau At-Taqwa sekitar jam 3 ptg.

Kami disambut baik oleh pegawai surau En. Mahathir dan En. Halim. Kami terus memberi  penerangan serba sedikit mengenai cara jam berfungsi dan cara penggunaan . Setelah itu, En. Rizal terus memulakan pemasangan jam tersebut dengan jayanya.

Syukur, pemasangan berjalan lancar. En. Rizal ni mahir dalam bab pemasangan jam azan, maklumlah orang lama dalam bidang ni. Buat kerja seorang saja dah selesai tak sampai 10 minit pun.

Sesi bergambar bersama En.Mahathir (Kiri) Admin JamAzan.com (Tengah) dan En.Halim (Kanan).

Jika anda berminat mendapatkn jam azan saiz paling besar ni, boleh whatsapp ke 017-5601956. Semak stok dulu sebelum order.

Pemasangan hanya dibuat di sekitar Kedah sahaja insyaAllah. Bagi luar kawasan kedah, kami cadangkan pasang sendiri sebab terlalu mudah untuk gantung jam ni, macam gantung frame gambar. Cuma kenalah drill sikit supaya kukuh. Cari anak kariah yang muda2 sikit buat kerja, cepat selesai hehe

Perbezaan Saiz Jam Azan

Pasti anda tertanya-tanya perbezaan saiz jam azan rumah,pejabat,surau & masjid.

Gambarajah di bawah menunjukkan perbezaan saiz jam tersebut:

Perbezaan Saiz Jam Azan Promas/Ptime

Perbezaan saiz jam Azkar / Iman

Jam azan rumah juga boleh dipasang di surau yang mempunyai ruang kecil , seperti surau di stesen minyak atau surau pejabat. Jika surau jenis besar boleh gunakan jam azan surau. Jam azan surau/masjid tidak semestinya tidak boleh digunakan di rumah , ia terpulang kepada bajet masing-masing dan luas sesebuah kawasan.

Panduan jarak penglihatan berdasarkan saiz LED jam azan untuk rujukan bakal pengguna jam azan:

Saiz LED 0.56″ : Jarak penglihatan 20 kaki (6 Meter)

Saiz LED 1.0″ – 1.5″ : Jarak penglihatan 50 kaki (15.24 Meter)

Saiz LED 2.3″ – 3.0″ : Jarak penglihatan 130 kaki (39.60 Meter)

Saiz LED setiap jam boleh lihat di bahagian spesifikasi setiap jam azan di www.Kedai.JamAzan.com

 

 

 

 

Jam Azan Sebagai Hadiah Buat Yang Tersayang

Bila tiba suatu sambutan , perayaan , hari lahir,majlis perkahwinan dan majlis perpisahan , pasti anda tertanya-tanya hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada insan yang anda sayangi tersebut.

Pernahkah anda terfikir untuk memberikan suatu hadiah yang mampu mendidik disamping  berdakwah kepada orang yang anda sayangi? Sudah tentu Jam Azan adalah sebuah hadiah yang sangat menepati dengan tujuan tersebut.

JamAzan.com boleh membantu anda untuk membuat “Suprise” atau kejutan kepada orang yang anda sayang . Kami akan melekatkan ucapan di bahagian dalam kotak atau pada jam itu sendiri , rujuk contoh gambar dibawah. Ianya percuma sahaja kerana kami hanya menggunakan kertas A4. Jika anda mahu menggunakan kad ucapan atau pembalut hadiah,reben dan sebagainya, ada sedikit kos perlu ditambah ya.

Ia juga boleh dijadikan hantaran perkahwinan , wakaf kepada surau/masjid , wakaf kepada rumah anak yatim , hadiah kepada staff yang cemerlang dan lain-lain.

Jom hadiahkan kepada insan yang anda sayang! Berminat?

 Klik sini untuk terus whatsapp>>> http://JamAzanDotCom.wasap.my
 Whatsapp number : 017-5601956

 

 

 

 

Bagaimana Jam Azan Berfungsi?

Ramai yang bertanya bagaimana jam azan Ptime ini berfungsi :

(1) Ia memaparkan kalendar tarikh Hijrah dan Masihi secara berselang-seli
✓ Tarikh Hijrah bertukar bila masuk waktu Maghrib.
✓ Tarikh Hijrah merujuk kalendar Taqwim Jabatan Agama Islam.
✓ Tarikh Hijrah mudah diubahsuai +/- 1 hari sekiranya berbeza dengan Kalendar Taqwim.

(2) Memaparkan Jam (Ketepatan +/- 1 minit setahun). LED ‘dot’ berkelip setiap satu saat.

(3) Memaparkan masa 5 Waktu Solat dan Syuruk mengikut zon yang telah ditetapkan. (Tepat seperti kalendar Taqwim terbitan Jabatan Mufti Negeri. Boleh dikemas-kini.)

(4) Zikir pendek pada setiap jam sebagai peringatan perubahan jam.
6.00 pagi – 10.00 malam ✓Kekuatan bunyi Zikir normal.
11.00 malam – 5.00 pagi ✓Kekuatan bunyi Zikir automatik bertukar kepada tahap -01-.

(5) Buzzer berbunyi sebagai peringatan telah masuk waktu, kemudian disusuli seruan Azan:
✓ Subuh : Azan oleh Sheikh Ahmad Khouja.
✓ Syuruk : Tiada Azan
✓ Zohor : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Asar : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Magrib : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Isyak : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
Rujukan Azan boleh dilihat dari link di bawah :
*http://www.youtube.com/watch?v=3pHqdTtvHyY&feature=youtu.be
*http://www.youtube.com/watch?v=g0j6MoixlDE

(6) Bacaan Surah pada 10 minit sebelum masuk waktu solat.
✓ Subuh : Surah Al-Waqi’ah
✓ Syuruk : Tiada Bacaan Surah
✓ Zohor : Surah Al-Fiil, Surah Quraisy, Surah Al-Ma’un, Surah Al-Kauthar,
Surah Al-Kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Lahab, Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq & Surah An-Nas.
✓ Asar : Surah Al-Mu’minun (Ayat 1-44)
✓ Maghrib : Surah Al-Mulk
✓ Isyak : Surah As-Sajdah (untuk DAF05A sahaja)

(7) Bacaan Doa Selepas Azan untuk setiap waktu solat.

Promosi Jam Azan Rumah RM299 Sempena Hari Malaysia

Assalamualaikum ,

Berita baik! JamAzan.com sedang mengadakan promosi jam azan rumah RM299/unit sahaja sempena Hari Malaysia 2017.

Terhad kepada model Azkar sahaja! Berikut merupakan model/design Azkar yang layak untuk mendapatkan harga promosi:

Klik sini untuk melihat senarai design promosi

Anda perlu mendaftar percuma dahulu akaun di web tersebut dan semasa anda membuat pembelian anda akan dapat melihat cara mendapatkan diskaun seperti cara di bawah:

*Promosi ini termasuk kos penghantaran semenanjung Malaysia sahaja , untuk Sabah/Sarawak tambah RM30.

*Sah sehingga 1 oktober sahaja

 

Jom dapatkan sekarang sebelum terlambat!

 

Membekal Jam Azan Masjid Untuk MASJID AR-RAHMAN R.P.T TEMALIR, Kuala Krai Kelantan

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada En Zawawi dan En Wadi kerana sudi tempah Jam Azan Masjid untuk masjid di daerah Kuala Krai Kelantan ,MASJID AR-RAHMAN R.P.T TEMALIR.

Jam Azan MASJID AR-RAHMAN R.P.T TEMALIR

Pihak masjid meminta untuk menampal sticker nama masjid di jam, JamAzan.com berbesar hati memberikan secara percuma sahaja sticker tersebut. Sticker nama jam selalunya dilekatkan di atas cermin (panel) kerana jika lekat di bahagian dalam, ia tidak akan kelihatan dari luar. Ia adalah disebabkan cermin atau panel itu sendiri telah dicetak bewarna. Jika tuan/puan tidak selesa dengan penggunaan sticker, kami boleh cetak nama masjid di cermin tersebut tetapi ia melibatkan sedikit kos (Boleh bincang melalui whatsapp 017-5601956) .

Tempahan dibuat oleh En Zawawi pada 29 Ogos 2017 dan mereka telah menerima jam pada 12 september, sepatutnya dapat dalam 2-3 hari sahaja, oleh kerana cuti umum Raya Haji dan tempoh utk siapkan sticker, jadi ambil masa sedikit untuk penghantaran.

Alhamdulillah syukur sekali lagi kerana penghantaran dibuat dengan sempurna dan jam telah siap digantung dengan kemas oleh pihak masjid.

Jam Azan Termurah Bersaiz Kecil Untuk Meja Pejabat/Rumah

Kini anda boleh dapatkan jam azan dengan harga termurah hanya RM250 seunit.

Jam azan untuk kegunaan meja ini amat sesuai untuk hiasan meja rumah/pejabat atau di mana sahaja disamping mengingatkan anda tentang masuknya solat 5 waktu.

Model yang ringkas dan ringan ini mempunyai penggera bunyi ‘BIP’, Zikir, Bacaan surah & Azan Mekah seperti jam azan rumah.  Berikut merupakan spesifikasi jam azan meja ini:

 

Saiz                                  :          7.5″ x 6″ ( Panel Arcylic )

Berat                               :           0.5 kg

Paparan LED                 :           LED 0.5″ ( Merah ) – Waktu Semasa LED 0.4″ ( Merah ) – Hari, Bulan, Tahun, Waktu Semasa, 5 Waktu Solat dan Syuruk

Sumber Kuasa              :          Adaptor 5VDC / 1A

Bateri Sokongan          :           3VDC ( Lithium CR2032 )

Penggera Bunyi            :           Penggera bunyi ‘BIP’, Zikir, Bacaan surah & Azan Mekah

Aksesori                         :           Adaptor 240VAC / 5VDC 1A, Manual Pengguna & Kabel USB

Kesesuaian                   :              Sesuai diletakkan dimeja tulis, meja pejabat, sebagai cenderamata,dan juga diletakkan di  bilik  tidur sebagai jam penggera.

 

Jom dapatkan sekarang di kedai online kami :

www.Kedai.JamAzan.com

Tempahan Jam Azan Masjid Al-Ghofur, Pdg Lati

Pada harini, JamAzan.com berjaya mendapat jualan jam azan masjid melalui kedai online kami di www.Kedai.JamAzan.com, Alhamdulillah.

Tempahan melalui kedai online kami amatlah mudah , hanya ikut langkah-langkah yang ditunjukkan.

Terima kasih Tuan Faridon atas tempahan yang dibuat. Jam masjid selesai digantung di Masjid Al-Ghofur, Pdg Lati Perlis

Kepada Tuan/Puan yang berminat membuat tempahan jam azan masjid, boleh hubungi Khairul di talian 017-5601956

Membekal Jam Azan Masjid Azkar kepada Balai Polis Taman Scientex

Alhamdulillah, pada 18 June 2017 , jam azan masjid Azkar selamat sampai kepada Tuan Mohidin dari Balai Polis Taman Scientex, Pasir Gudang Johor.

Jam azan masjid ini dilengkapi dengan LED mesej bergerak dimana penggun boleh memasukkan aktiviti terkini , kuliah atau apa-apa pengumuman penting.

Selain dari waktu iqamah ,terdapat juga LED bacaan suhu semasa yang memaparkan bacaan suhu di sesebuah lokasi yang dipasang.

Dengan harg promosi RM1999 , anda boleh milikinya samada untuk wakaf di masjid atau pembelian dari pihak masjid sendiri. Saiz dan maklumat lanjut jam , boleh didapati di www.Kedai.JamAzan.com