Tag Archives: update jam azan

Update Kemaskini 2023/1444 Jam Azan PTime Anda Sekarang!

Setahun telah pun berlalu meninggalkan kita.

Tahun ini tahun 2023 , semoga kita terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.

Jangan lupa untuk update jam azan Ptime anda kepada taqwim 2023/1444. Data terkini boleh download di link ini:

Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Pastikan anda mempunyai peralatan update yang lengkap seperti laptop/pc dan cable penyambung dari jam ke laptop/pc . Jika anda tiada cable tersebut , anda boleh gunakan juga cable printer yang digunakan untuk sambungan dari printer ke laptop/pc anda kerana ia menggunakan cable jenis yang sama.

 

Pastikan juga bateri backup jam azan anda berfungsi dengan baik. Bagaimana nak tahu bateri anda dalam keadaan baik? Boleh cuba ubah waktu jam azan atau ubah tarikh , kemudian Off jam sebentar dan On semula .Jika paparan di jam menunjukkan apa yang anda set tadi adalah sama , maka bateri dalam keadaan baik. Jika sebaliknya , sila tukar bateri jam azan, caranya rujuk video panduan ini:

 

Update / Kemaskini Taqwim Jam Azan 1443 – 2022

Sudahkah anda update atau mengemaskini jam azan anda? Jika belum , pastikan anda update dengan segera bagi mengelakkan jam azan tidak berfungsi dalam keadaan normal.

Kenalpasti jenama jam azan anda terlebih dahulu

Untuk jam azan brand PTime , klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Untuk jam azan brand Iman, klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim Azkar / Iman | Jam Azan

Jam azan mestilah dikemaskini setiap tahun bagi mengelakkan kesilapan waktu solat lebih-lebih lagi bagi kegunaan di surau dan masjid. Pastikan anda membaca dan mengikut setiap langkah satu persatu bagi melancarkan proses kemaskini jam azan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp terlebih dahulu , klik link untuk whatsapp:

Kemaskini / Update Jam Azan Iman 2019-1440H

Cara kemaskini / update jam azan Iman adalah seperti biasa. Sila lihat langkah dibawah :

Langkah 1 – Cabut SD Card

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila cabut SD Card di belakang atau bahagian tepi jam azan anda. Kemudian masukkan SD Card di laptop atau komputer anda. Jika di laptop kebiasaannya ada memory card reader slot. 

Langkah 2 – Buka Folder Sd Card

★ Masuk “MyComputer” atau “Computer” di laptop anda kemudian klik pada simbol “SD Card” anda tersebut. Anda akan dapat lihat semua file yang terkandung dalam SD Card tersebut seperti gambarajah di bawah:

Langkah 3 – Buka Folder “Pray times”

★ Buka folder “Pray times” dan anda akan dapat lihat 2 file di bawah ini. Delete kedua-dua file tersebut kerana ini adalah data taqwim solat JAKIM 2018.

Langkah 4 – Download Data Taqwim Solat JAKIM 2019 / 1440H

Sila download kedua-dua file di bawah , klik link biru  ini :

data solat bg seluruh malaysia new update 2019.bin

Langkah 5 – Copy & Paste

Copy & Paste-kan kedua-dua file yang anda download tadi ke dalam folder “Pray times”

Langkah 6 – Pasang SD Card Pada Jam

Pasang / masukkan kembali SD Card pada jam anda dan hidupkan semula jam anda.

Langkah 7 – Refresh Jam

Refresh jam anda, cara refresh jam rujuk gambar dibawah:

Tekan satu per satu, tidak perlu tekan serentak

Langkah 8 – Set semula zon kod kawasan

Sila rujuk buku manual untuk set zon kod kawasan atau boleh tonton video di sini:

SELESAI