Cara Update Tambahan 4 Minit Waktu Solat Isya Negeri Pahang

Jabatan Mufti Negeri Pahang baru-baru ini telah membuat hebahan mengenai tambahan 4 minit bagi waktu Solat Isyak di seluruh negeri Pahang.

Menurut surat hebahan dari jabatan tersebut, terdapat kesalahan dikesan melibatkan janaan data waktu Solat Isyak sahaja bagi tahun 2021 iaitu melibatkan keseluruhan 6 zon negeri Pahang. Kesalahan ini merupakan kesalahan teknikal yang melibatkan kesalahan meletakkan “default” 17 darjah sudut matahari di bawah ufuk oleh pemproses data solat bagi negeri Pahang.

Oleh itu, kami dari JamAzan.com menyeru pemilik-pemilik jam azan samada dipasang di rumah,pejabat,sekolah,surau ,masjid dan lain-lain tempat agar dapat mengemaskini jam azan anda dengan kadar segera.

Cara kemaskini boleh rujuk di sini , klik link di bawah ini:

Klik Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *