Tag Archives: masalahjamazan

Cara Betulkan Jam Azan PTime Tak Bunyi Mengaji Quran / Surah

Kali ini admin nak ajar cara betulkan jam azan PTime yang tidak mengalunkan bacaan Quran ketika tiba waktu yang telah ditetapkan iaitu kebiasaanya 10 minit sebelum masuk waktu solat. Puncanya adalah kerana mungkin ada seseorang yang cuba setting jam azan tetapi tersalah setting pada bahagian timer bacaan Quran tersebut.

Jadi kita perlu betulkan pada timer bacaan Quran tu semula. Caranya adalah :

  1. Holdkan butang biru muda selama 3 saat sehingga kotak tahun berkelip
  2. Cek 1 persatu timer tersebut dengan menekan butang next
  3. Pastikan setiap timer adalah betul ( Subuh 10 minit , Syuruk 00 minit , Zohor 10 minit , Asar 10 Minit , Maghrib 10 minit dan Isyak 18 minit )
  4. Jika nombor salah , ubah dengan menekan butang tambah / tolak
  5. Akhir sekali tekan butang set 1 kali
  6. Selesai

Untuk memudahkan anda mengikut langkah di atas, rujuk terus panduan video ini

Terima kasih