Jam azan merupakan salah satu teknologi masa kini sebagai sebuah alat untuk memberi peringatan masuknya waktu solat disamping memupuk suasana kerohanian samada dalam sebuah keluarga,institusi,syarikat dan lain-lain.
Antara manfaat lain jam azan ialah:
–> Masalah sukar untuk bangun tahajud/subuh. Dengan memiliki jam ini, setiap hari anda akan dikejutkan dengan azan Subuh di bilik tidur anda , dan ada sesetengah model jam boleh disetkan alarm untuk bangun tahajud. Boleh juga setkan suara sendiri, contoh “Subuh dah masuk , bangun bangun! ”
–> Setiap jam atau 30 minit anda akan mendengar zikir menyebut nama ALLAH. Secara tidak langsung anda akan turut berzikir. Sekurangnya ia memperingatkan kita untuk berzikir!
–> Mengingatkan anda dan juga ahli keluarga anda akan kepentingan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat berkualiti dan disayangi Allah.
–> Mewujudkan suasana yang tenang dalam rumah anda dengan alunan azan, zikir dan mengaji Al-Quran.
–> Menghindar gangguan jin dan syaitan, kerana alunan-alunan azan membuatkan syaitan lari betul tak?
–> Hiasan dinding rumah anda nampak menarik . Pasti tetamu di rumah anda akan tertarik untuk mendapatkannya.
–> Pendidikan buat anak-anak. Hari-hari dengar surah tertentu yang dibacakan Jam Azan setiap 10 minit sebelum azan ,sampai anak-anak pun dah boleh hafal.
–> Anda boleh jadikan jam azan sebagai hadiah hari ibu/bapa,hadiah hari guru, sedekah atau wakaf kepada masjid/surau/rumah anak yatim/maahad tahfiz ,hadiah perkahwinan, hadiah hantaran dan sebagainya
–> Boleh letak di dapur , suri rumah lebih tenang dalam menyediakan masakan.