Bagaimana Jam Azan Berfungsi?

Ramai yang bertanya bagaimana jam azan Ptime ini berfungsi :

(1) Ia memaparkan kalendar tarikh Hijrah dan Masihi secara berselang-seli
✓ Tarikh Hijrah bertukar bila masuk waktu Maghrib.
✓ Tarikh Hijrah merujuk kalendar Taqwim Jabatan Agama Islam.
✓ Tarikh Hijrah mudah diubahsuai +/- 1 hari sekiranya berbeza dengan Kalendar Taqwim.

(2) Memaparkan Jam (Ketepatan +/- 1 minit setahun). LED ‘dot’ berkelip setiap satu saat.

(3) Memaparkan masa 5 Waktu Solat dan Syuruk mengikut zon yang telah ditetapkan. (Tepat seperti kalendar Taqwim terbitan Jabatan Mufti Negeri. Boleh dikemas-kini.)

(4) Zikir pendek pada setiap jam sebagai peringatan perubahan jam.
6.00 pagi – 10.00 malam ✓Kekuatan bunyi Zikir normal.
11.00 malam – 5.00 pagi ✓Kekuatan bunyi Zikir automatik bertukar kepada tahap -01-.

(5) Buzzer berbunyi sebagai peringatan telah masuk waktu, kemudian disusuli seruan Azan:
✓ Subuh : Azan oleh Sheikh Ahmad Khouja.
✓ Syuruk : Tiada Azan
✓ Zohor : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Asar : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Magrib : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
✓ Isyak : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
Rujukan Azan boleh dilihat dari link di bawah :
*http://www.youtube.com/watch?v=3pHqdTtvHyY&feature=youtu.be
*http://www.youtube.com/watch?v=g0j6MoixlDE

(6) Bacaan Surah pada 10 minit sebelum masuk waktu solat.
✓ Subuh : Surah Al-Waqi’ah
✓ Syuruk : Tiada Bacaan Surah
✓ Zohor : Surah Al-Fiil, Surah Quraisy, Surah Al-Ma’un, Surah Al-Kauthar,
Surah Al-Kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Lahab, Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq & Surah An-Nas.
✓ Asar : Surah Al-Mu’minun (Ayat 1-44)
✓ Maghrib : Surah Al-Mulk
✓ Isyak : Surah As-Sajdah (untuk DAF05A sahaja)

(7) Bacaan Doa Selepas Azan untuk setiap waktu solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *