Tag Archives: kemaskini

Cara Kemaskini Jam Azan PTime & Iman 2021

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? lama admin tak update pos di blog JamAzan.com ni.

Sudahkah anda update jam azan anda? Untuk pengetahuan , jam azan perlu diupdate setiap tahun seperti yang dinyatakan di dalam buku manual . Ini bagi memastikan jam anda sentiasa memaparkan waktu solat yang tepat dan terkini mengikut web rasmi Portal e-Solat JAKIM iaitu di link https://www.e-solat.gov.my/ .

Jika anda belum update jam azan anda, berbuatlah sekarang kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi , takut-takut terbuka awal nanti batal pula puasa hehehe. Bahkan waktu solat yang anda ikut sekarang tidak tepat jika anda tidak update jam, bagaimana solat kita tersebut?

Bagaimana cara untuk update jam? Jika anda menggunakan jam azan jenama PTIME , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-ptime/

Jika anda menggunakan jam jenama IMAN / AZKAR , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-azkar-iman/

Pastikan anda mengikut panduan tersebut satu persatu dengan cermat dan teliti agar tidak berlaku kesilapan. Jika ada sebarang masalah boleh whatsapp ke talian hotline 017-5601956 , insyaAllah staff kami akan membantu anda.

Kepada yang belum mendapatkan jam azan, jom dapatkan di kedai online rasmi kami di link ini https://jamazan.com/shop/ . Selamat menunaikan solat dan semoga kita dapat mendidik diri solat pada awal waktu kerana :

Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Cara Mengemaskini Jam Azan Azkar / Iman 2018-1439H

Ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak tahu cara untuk mengemaskini taqwim terkini jam azan Azkar / Iman ini. Sila turuti langkah mudah di bawah dengan bagi mengemaskini jam azan anda:

Langkah 1 – Cabut SD Card

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila cabut SD Card di belakang atau bahagian tepi jam azan anda. Kemudian masukkan SD Card di laptop atau komputer anda. Jika di laptop kebiasaannya ada memory card reader slot. 

 

Langkah 2 – Buka Folder Sd Card

★ Masuk “MyComputer” atau “Computer” di laptop anda kemudian klik pada simbol “SD Card” anda tersebut. Anda akan dapat lihat semua file yang terkandung dalam SD Card tersebut seperti gambarajah di bawah:

Langkah 3 – Buka Folder “Pray times”

★ Buka folder “Pray times” dan anda akan dapat lihat 2 file di bawah ini. Delete kedua-dua file tersebut kerana ini adalah data taqwim solat JAKIM 2017.

Langkah 4 – Download Data Taqwim Solat JAKIM 2018

Sila download kedua-dua file data taqwim solat JAKIM 2018 , klik link biru dibawah ini :

data solat bg seluruh malaysia new update 2018.bin

Langkah 5 – Copy & Paste

Copy & Paste-kan data taqwim solat JAKIM 2018 yang anda download tadi ke dalam folder “Pray times”

 

Langkah 6 – Pasang SD Card Pada Jam

Pasang / masukkan kembali SD Card pada jam anda dan hidupkan semula jam anda.

 

Langkah 7 – Refresh Jam

Refresh jam anda, cara refresh jam rujuk gambar dibawah:

 

Langkah 8 – Set semula zon kod kawasan

Sila rujuk buku manual untuk set zon kod kawasan atau boleh tonton video di sini:

 

 

SELESAI