Assalamualaikum,
Apa khabar semua? lama admin tak update pos di blog JamAzan.com ni.
Sudahkah anda update jam azan anda? Untuk pengetahuan , jam azan perlu diupdate setiap tahun seperti yang dinyatakan di dalam buku manual . Ini bagi memastikan jam anda sentiasa memaparkan waktu solat yang tepat dan terkini mengikut web rasmi Portal e-Solat JAKIM iaitu di link https://www.e-solat.gov.my/ .
Jika anda belum update jam azan anda, berbuatlah sekarang kerana bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi , takut-takut terbuka awal nanti batal pula puasa hehehe. Bahkan waktu solat yang anda ikut sekarang tidak tepat jika anda tidak update jam, bagaimana solat kita tersebut?
Bagaimana cara untuk update jam? Jika anda menggunakan jam azan jenama PTIME , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-ptime/
Jika anda menggunakan jam jenama IMAN / AZKAR , sila rujuk panduan di link ini https://jamazan.com/panduan-dan-download/cara-update-kemaskini-jam-azan-taqwim-azkar-iman/
Pastikan anda mengikut panduan tersebut satu persatu dengan cermat dan teliti agar tidak berlaku kesilapan. Jika ada sebarang masalah boleh whatsapp ke talian hotline 017-5601956 , insyaAllah staff kami akan membantu anda.
Kepada yang belum mendapatkan jam azan, jom dapatkan di kedai online rasmi kami di link ini https://jamazan.com/shop/ . Selamat menunaikan solat dan semoga kita dapat mendidik diri solat pada awal waktu kerana :
Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)