USB Port Jam Azan Tidak Detect Apabila Dicucuk

Admin ada menerima beberapa kes di mana USB Port jam azan tidak dapat dikesan komputer ketika proses mengemaskini taqwim solat jam azan.

Masalah ini terjadi biasanya disebabkan beberapa faktor:

  1. Cable sambungan yang bermasalah, namun perkara ini jarang terjadi melainkan ada tanda-tanda cable yang rosak atau kepala penyambung yang karat. Cuba cabut dan cucuk kembali kepala cable usb itu di laptop/komputer atau jam azan ( goyang-goyang kan sedikit atau cucuk sedikit demi sedikit supaya ia detect ) . Jika tidak boleh juga, anda perlu menukar cable ini. Cable ini adalah sama dengan cable yang digunakan untuk menghubungkan komputer ke printer.
  2. Slot USB di komputer/laptop anda bermasalah seperti karat atau telah rosak. Anda boleh cuba cucuk di USB slot yang lain atau boleh gunakan komputer/laptop yang lain.
  3. USB Port di jam azan anda bermasalah. Anda boleh beli dengan kami usb port ini dan boleh tukar sendiri mengikut video yang kami sediakan. Tidak rumit untuk menukarnya kerana anda hanya perlu buka skru belakang jam , cucuk dan pasang, itu sahaja.

Berapa harga USB Port jam azan? RM20 tidak termasuk kos penghantaran. Anda boleh tempah di sini : 

usb port jam azan

USB Port Connector Jam Azan

RM 20.00

70 in stock |Order Now!

USB Port ini boleh digunakan pada jam azan rumah, surau dan masjid.

70 in stock |Order Now!

Cara pemasangan USB Port tidak rumit, hanya perlu letak sedikit gam 1 second dan cucuk connector yang telah sedia ada di jam ke usb port yang baru.

Pastikan adan tonton dahulu cara buka skru di belakang jam!