Showroom JamAzan.com Cawangan Sungai Petani Kedah

Assalamualaikum , lama benar admin tak update blog jam azan ni atas kesibukan dan jadual waktu yang padat dengan aktiviti . Untuk makluman anda semua, kini anda boleh dapatkan jam azan di Sungai Petani, Kedah! Orang utara tunggu apa lagi noh , jom serbu untuk dapatkannya hehe.

Lokasi showroom ini terletak di Taman Tuanku Haminah , kira-kira 20 ke 25 minit dari Tol Sg Petani Utara. Jika anda berniat untuk mendapatkan jam azan, minta buat temujanji dahulu sebelum pergi . Sila Whatsapp “Temujanji JamAzan.com” ke 017-5601956 untuk mengatur temujanji anda dengan kami. Kami akan berikan whatsapp location dan panduan untuk ke showroom kami.

Permintaan jam azan yang semakin meningkat antara faktor mengapa kami membuka showroom di utara semenanjung. Alhamdulillah semakin ramai yang mahukan suasana islamik dalam rumah disamping dapat mendidik diri menjaga solat di awal waktu. Ia merupakan suatu medium dakwah yang bermula dari rumah anda . Anak-anak mendapat manfaat dari jam azan terutamanya dari sudut hafalan Quran, zikir dan doa-doa yang dikumandangkan jam azan bila tiba waktu yang ditetapkan.

Kepada warga utara, ambil peluang untuk lihat sendiri jam azan sebelum mendapatkannya, staff kami sedia untuk memberi penjelasan tentang fungsi jam azan tersebut. Jom dapatkan sekarang!

Sila Whatsapp “Temujanji JamAzan.com” ke 017-5601956 untuk mengatur temujanji anda dengan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.