Butang Jam Azan Tidak Berfungsi Apabila Ditekan

Ada beberapa aduan admin terima dari pelanggan mengenai masalah butang jam azan yang tidak berfungsi terutamanya butang “SET” yang tidak boleh ditekan atau tidak berfungsi apabila ditekan. Ada juga kes dimana semua butang tidak berfungsi dan ada kes beberapa butang sahaja yang tidak dapat ditekan.

Berikut merupakan gambar rajah butang jam azan (dalam artikel ini admin menggunakan contoh butang jam azan rumah)

Button Keypad Jam Azan Rumah PTime

Sebelum anda membuat penukaran butang jam azan samada menukar sendiri dengan membeli butang dari kami atau menghantar jam ke kilang kami, anda perlu cuba dulu menekan butang yang tidak berfungsi itu dengan cara “paksa”. Cuba tekan dengan kuat di bahagian tengah butang yang tidak berfungsi itu atau boleh tekan di bahagian sedikit ke sisi atas/bawah/kiri/kanan atau tekan di tengah-tengah butang dengan cara menekan secara beberapa kali atau holdkan butang dalam 3 saat dan lepas (Untuk button set, kerana untuk setting jam azan, perlu tekan butang set dengan cara holdkan dan lepas) . Cuba banyak kali sehinggan ia berfungsi.

Jika masih tidak boleh, maka jelaslah bahawa butang jam azan anda telah rosak ,biasanya cable yang menyambungkan butang ke jam tu sudah short/burn/terbakar. Anda perlu membuat penukaran butang tersebut samada dengan membuat tuntutan waranti 2 tahun jika masih dalam tempoh waranti (tiada caj apa-apa) atau membeli butang di kedai online kami Shop – Jam Azan atau hantar ke kilang kami untuk penukaran butang (anda akan dikenakan caj jika habis waranti).

Penukaran butang jam azan adalah sangat mudah, hanya perlu buka skru di belakang jam , cabut penyambung butang jam azan yang bermasalah, kemudian cucuk penyambung butang jam azan yang baru. Selesai. Video panduan pun kami ada sediakan untuk penukaran butang jam azan tersebut. Sekian terima kasih.