Masalah jam azan berkelip-kelip pada kotak Asar & Subuh biasanya disebabkan beberapa faktor dan ia biasanya memaparkan perkataan “UP DATA” ataupun “0 to App”. Ramai pengguna jam azan menganggap jam perlu di update (kemaskini) , walhal ia adalah masalah lain yang disebabkan oleh beberapa faktor di bawah:
- Plug adaptor bermasalah / rosak
- Memori kad tidak dapat dibaca atau sudah corrupt (komponen dalam jam azan)
- Masalah power in pada board jam azan (komponen dalam jam azan)
- Masalah memori card holder (komponen dalam jam azan)


Untuk memastikan jam itu ada masalah adaptor, cuba pinjam adaptor rakan atau saudara anda terlebih dahulu sebelum membeli adaptor yang baru. Tapi pastikan gunakan adaptor dari brand yang sama kerana terdapat beberapa kes board jam azan terbakar kerana menggunakan adaptor yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Jika error code tersebut bukan berpunca dari adaptor , anda boleh cuba menukar memory card yang baru, boleh gunakan memory card yang lain jika anda ada. Pastikan anda gunakan memori kad tidak melebihi 4gb. Memori kad jam azan terletak di bahagian dalam jam. Anda perlu buka skru belakang jam azan untuk mengeluarkannya. Sila rujuk video panduan ini :
Jika anda telah menukar adaptor dan memory card tetapi masalah belum selesai, anda perlu menghantar jam azan anda ke kilang kami untuk membuat pemeriksaan kerosakan. Kos pembaikan adalah bergantung pada aksesori yang rosak dan biasanya tidak melebihi RM50. Jika jam anda masih di dalam jaminan waranti 2 tahun , anda tidak perlu membayar apa-apa.
Link pembelian adaptor dan memory kad boleh dirujuk di bawah ini :
Memory Kad Jam Azan PTime
27 in stock |Order Now!
*Memory kad jam azan ini boleh digunakan untuk kesemua model jam azan PTime
-Kapasiti : 4gb
-Didatangkan dengan audio bunyi azan, bacaan surah, zikir dan bip . Anda boleh tutup bunyi tersebut jika tidak mahu dengan melaraskan volume jam azan 1 persatu menggunakan butang jam azan.
Sila tuliskan kod jam azan anda pada kotak nota yang disediakan di halaman tempahan. Kod itu ada tertulis di bahagian belakang jam. Kod yang bermula dengan “PTM”
27 in stock |Order Now!



