Harga Adaptor Jam Azan

Aksesori jam azan yang paling banyak dicari oleh pelanggan adalah adaptor jam azan. Adaptor jam azan seringkali rosak/terbakar kerana arus elektrik berlebihan samada terkena kilat atau litar pintas.

Adaptor jam azan berfungsi membekalkan kuasa elektrik kepada jam azan. Tanpanya, jam azan tidak dapat hidup kerana ia memerlukan kuasa elektrik untuk beroperasi 24jam sehari.

Untuk memastikan jam azan anda beroperasi dengan baik, anda perlu memastikan adaptor yang digunakan adalah bersesuaian dengan jam azan, contohnya jam azan rumah perlu menggunakan adaptor jenis “AC DC Adapter” yang mempunyai Input 110v-240v / 3 pin 5v 1A , saiz kepala connector juga perlu diberikan perhatian kerana jika tersilap membeli adaptor di luar sana, anda mungkin tidak dapat menghubungkan adaptor dengan jam azan anda disebabkan kepala connector itu terlalu kecil atau terlalu besar.

Ada juga kes jam azan meletup dan terbakar/bau hangus (letupan kecil dalam jam) kerana menggunakan adaptor yang dibeli di kedai luar tanpa menghiraukan spesifikasi adaptor yang dikehendaki. 

Untuk pengetahuan anda, adaptor jam azan rumah dan adaptor jam azan surau LK (LED Kecil) menggunakan adaptor yang sama jenis, adaptor jam azan surau LB (LED Besar) menggunakan adaptor yang berbeza (rujuk product di bawah) manakala jam azan masjid tidak menggunakan adaptor , ia menggunakan direct plug 3 pin dimana  kerosakan yang berlaku kebiasaannya adalah pada fius dalam plug tersebut jika terkena panahan kilat atau arus elektrik berlebihan.

Saranan kami, dapatkan adaptor yang mengikut spesifikasi jam azan di kedai online kami sahaja. Di sini kami sertakan link adaptor jam azan untuk setiap kategori jam azan: