Tag Archives: bunyi bacaan surah separuh

Bunyi Azan,Zikir dan Bacaan Quran Terhenti Separuh Jalan?

Masalah bunyi azan, zikir, bunyi bip atau bacaan Quran yang terhenti separuh jalan pada Jam Azan PTime biasanya berpunca daripada masalah adaptor rosak/lemah , ralat pada tetapan pemasa (timer) jam., atau masalah memori kad.

Berikut adalah langkah-langkah penyelesaian mengikut punca utama:

1. Masalah adaptor rosak

Apabila azan,zikir,bunyi bip atau bacaan Quran mahu dibunyikan, jam memerlukan tenaga elektrik yang stabil. Jika adaptor mempunyai masalah, ia tidak mampu membekalkan arus yang cukup menyebabkan sistem audio “drop” atau terhenti separuh jalan.

  • Penyelesaian: Cuba gunakan adaptor baru yang sama spesifikasi (biasanya 5V atau 12V mengikut model jam anda). Anda boleh merujuk dapatkan di sini

Adaptor Jam Azan Rumah PTime

RM 25.00

97 in stock |Order Now!

 

 

97 in stock |Order Now!

Adaptor Jam Azan Surau LB

RM 30.00

95 in stock |Order Now!

 

 

95 in stock |Order Now!


2. Semak dan Betulkan Tetapan Pemasa (Timer)

Jika audio terhenti tepat pada tempoh masa tertentu (contohnya baru mengaji 10 minit terus senyap), ini boleh jadi tetapan masa selang solat anda mungkin tersilap. Semak semula tetapan ini dan ikuti langkah tetapan semula seperti di bawah:

  1. Tekan dan tahan butang biru muda selama 3 saat sehingga kotak tahun berkelip, kemudian lepas.
  2. Tekan butang Next untuk menyemak senarai pemasa waktu solat.
  3. Pastikan nilai pemasa standard adalah seperti berikut:
    • Subuh: 10 minit
    • Syuruk: 00 minit
    • Zohor: 10 minit
    • Asar: 10 minit
    • Maghrib: 10 minit
    • Isyak: 18 minit
  4. Gunakan butang Plus (+) atau Minus (-) untuk membetulkan nombor jika ada yang lari.
  5. Tekan butang Set sebanyak 1 kali untuk simpan tetapan.
    Anda juga boleh rujuk video tutorial di bawah untuk lebih jelas:

3. Masalah Kad Memori (SD Card) Longgar atau Corrupt

Sistem audio jam membaca fail MP3 azan, zikir, bunyi bip atau bacaan Quran daripada kad memori di dalam jam. Jika kad memori longgar atau fail di dalamnya rosak, bacaan boleh tersangkut.

  • Penyelesaian: Tutup suis jam, buka skru di belakang jam ,keluarkan kad memori , cuci dengan lembut menggunakan kain yang sesuai atau boleh letak sedikit hand sanitizer, dan masukkan semula kad memori dengan sempurna.

Sila rujuk video tutorial ini:

Jika selepas cuci kad memori tetapi masalah tidak selesai , anda boleh cuba tukar kad memori baru. Boleh dapatkan di kedai online kami:

Memory Kad Jam Azan PTime

RM 20.00

27 in stock |Order Now!

*Memory kad jam azan ini boleh digunakan untuk kesemua model jam azan PTime

-Kapasiti : 4gb

-Didatangkan dengan audio bunyi azan, bacaan surah, zikir dan bip . Anda boleh tutup bunyi tersebut jika tidak mahu dengan melaraskan volume jam azan 1 persatu menggunakan butang jam azan.

Sila tuliskan kod jam azan anda pada kotak nota yang disediakan di halaman tempahan. Kod itu ada tertulis di bahagian belakang jam. Kod yang bermula dengan “PTM”

27 in stock |Order Now!

Jika selepas menukar kad memori baru tetapi masalah tetap berlaku, ia juga boleh disebabkan oleh pemegang kad memori itu sudah bermasalah. Jam perlu dihantar ke kilang untuk pembaikan.