Tag Archives: cara off bunyi jam azan

Cara Kuatkan Volume Jam Azan / Kuatkan Suara Jam Azan

Mengubah volume atau suara jam azan bukanlah semudah menekan butang “tambah” dan “tolak” pada butang keypad jam azan, ia memerlukan panduan khas yang akan ditunjukkan dalam video dibawah.

Anda perlu tahu bahawa fungsi jam azan ini ada 4 yang melibatkan bunyi iaitu:

  • Bunyi bip
  • Bunyi azan
  • Bunyi bacaan surah
  • Bunyi bacaan zikir

Jadi, jika anda ingin ubah kekuatan suara, anda perlu ubah 1 persatu untuk setiap bunyian ini mengikut kekuatan yang dikehendaki

Langkah pertama : Tekan lama butang tambah (+) , anggaran dalam 2-3 saat dan lepaskan (Anda akan dengar bunyi suara “Mengubah kekuatan bunyi…”

Langkah kedua : Tekan butang tambah (+) atau tolak (-) untuk memilih kekuatan bunyi. Bacaan 0 adalah untuk mematikan bunyi (tiada sebarang bunyi) , manakala bacaan 5 untuk sederhana dan maximum 10 paling kuat.

Langkah ketiga : Biarkan ia save sendiri dengan tidak menekan apa-apa butang. Selesai!

Langkah di atas untuk bunyi bip (contoh) , untuk ubah kekuatan suara bunyian yang lain.. sila ulang semula langkah-langkah tersebut. Buat 1 persatu mengikut kehendak anda.