Update / Kemaskini Jam Azan Model PTR

Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime Tahun 2023 / 1444 Hijrah

Update / Kemaskini ini boleh digunakan untuk semua jenis jam samada jam azan rumah ,surau dan masjid model PTR (Keluaran 2014 ~ May 2018) 

  • Perlu ada internet dan sedikit kemahiran menggunakan komputer

Pengguna Jam Azan dikehendaki menyemak & menyelenggara jam azan pada setiap awal tahun Masehi @ Hijrah ( mengikut keperluan negeri masing-masing ).Ini bagi memastikan waktu solat yang dipaparkan jam azan tersebut sentiasa TEPAT mengikut taqwim solat dari JAKIM

Langkah 1 – Bandingkan

★ Sebelum mengemaskini jam azan anda, sila bandingkan waktu solat jam azan anda dengan Kalendar Taqwim Solat & Hijrah terbitan Jabatan Mufti Negeri masing-masing atau sila rujuk di web ini, klik tulisan biru >

Portal E-Solat JAKIM

★ Sekiranya terdapat perbezaan, anda perlu mengemaskini taqwim solat yang terkini . Caranya ikut langkah seterusnya, perbezaan sedikit +- 1 minit tidak menjadi masalah. Boleh digunakan seperti biasa.

—————————————————————————————————————————

Langkah 2 – Download Software Dan Taqwim PTR 2023-1444

Klik di tulisan biru untuk memulakan download >

—————————————————————————————————————————

Langkah 3 – Extract file & Install USBDriver

Download Winrar jika belum ada di pc / laptop anda :

*Selepas install Winrar , sila rujuk gambar di bawah ini untuk “Extract” kandungan dalam file format RAR tersebut

Install UsbDriver :-

Tunggu install selesai hingga keluar gambar ini dan klik finish:

—————————————————————————————————————————

Langkah 4 – Hubungkan Jam Azan dengan Komputer

ON-kan jam seperti biasa menggunakan adaptor jam azan kemudian buat perkara di bawah ini:

  • Cable ini disediakan dalam kotak jam azan semasa pembelian, jika hilang , boleh guna cable printer , ia cable yang sama.

Hubungkan jam dengan komputer 2

—————————————————————————————————————————

Langkah 5 – Gunakan Perisan (Sila tonton video)

Untuk menonton video dengan kualiti yang jelas  pastikan anda ubah kualiti video

———————————————————————————————————-

Langkah 6 – Cabut Cable USB

Setelah selesai kemaskini data yang terkini:
1. Cabutkan sambungan kabel USB
2. “OFF” bekalan kuasa jam azan beberapa saat
3. “ON” semula bekalan kuasa

—————————————————————————————————————————

Langkah 7 – Set Zon Kod Negara/Kawasan

Setkan kod negara 63  , manakala kod kawasan setkan mengikut daerah yang anda tinggal berpandukan senarai kod kawasan di dalam buku manual atau boleh rujuk kod disini > https://jamazan.com/panduan-dan-download/kod-zon-waktu-solat-jam-azan-ptime/

Rujuk video ini untuk setting kod kawasan di jam azan anda:

Pastikan anda hanya membandingkan waktu solat dengan website JAKIM , kerana kami menggunakan taqwim dari JAKIM > Portal e-Solat

SELESAI

Proses update jam azan ke Taqwim 2023-1444H SELESAI .

 Nota:-

1. Sekiranya terdapat kesalahan Taqwim Solat yang kami lakukan, sila maklumkan kepada kami untuk pembetulan segera.

2. Tukar Bateri Sokongan (Lithium 3V – CR2032) setiap 3-5 tahun.

3. Waktu solat bagi negara lain, sila WhatsApp ke 017-5601956