Jam Azan – Harga Jam Azan Digital Waktu Solat Malaysia

 
 Jam Azan merupakan teknologi terkini paparan waktu solat digital secara automatik (Elektronik) yang direka khas sebagai panduan untuk membantu umat Islam dalam penjagaan masa terutama dalam melaksanakan ibadah solat. Jam Azan sesuai untuk kegunaan masjid , surau , pejabat, rumah dan lain-lain lagi. Selain itu boleh dijadikan hadiah / cenderahati majlis perkahwinan/hari lahir , bahan wakaf, hiasan , bahan pendidikan anak-anak, menggantikan jam analog dan sebagai bahan pengiklanan.
 
 

Antara manfaat lain jam azan ialah :

–> Sukar untuk bangun solat tahajud/subuh? dengan memiliki jam azan, InsyaAllah setiap hari anda akan dikejutkan dengan azan Subuh di bilik tidur anda . Anda juga boleh setkan alarm untuk bangun tahajud. 
–> Zikir pendek / selawat /doa setiap jam , secara tidak langsung anda akan turut berzikir dan berselawat.
–> Solat di awal waktu sangat berkualiti dan disayangi Allah.Mengingatkan anda dan juga ahli keluarga anda akan kepentingan solat di awal waktu. 
–> Mewujudkan suasana yang tenang dan harmoni dalam rumah anda dengan alunan azan, zikir dan mengaji Al-Quran.
–> Menghindar gangguan jin dan syaitan, kerana alunan-alunan azan membuatkan syaitan lari betul tak?
–> Hiasan dinding rumah anda nampak menarik . Pasti tetamu di rumah anda akan tertarik untuk mendapatkannya.
–> Pendidikan agama buat anak-anak. Hari-hari dengar surah tertentu yang dibacakan Jam Azan setiap 10 minit sebelum/selepas azan ,sampai anak-anak pun dah boleh hafal. Tak gitu?
–> Boleh dijadikan HADIAH! Anda boleh jadikan jam azan sebagai hadiah hari ibu/bapa,hadiah hari guru, sedekah atau wakaf kepada masjid/surau/rumah anak yatim/maahad tahfiz ,hadiah perkahwinan, hadiah hantaran dan sebagainya
–> Boleh letak di dapur , suri rumah boleh mendengar bacaan zikir/quran dan lebih tenang dalam menyediakan masakan.


 

Siapa kami? Kami adalah pembekal Jam Azan buatan malaysia untuk masjid,surau,rumah, pejabat syarikat swasta/kerajaan dan lain-lain lagi. Nama syarikat kami adalah Next Global Resources (No. Pendaftaran KC0012037A) didaftarkan sejak 7 October 2012. Jenama Jam Azan yang kami bekalkan adalah PTime , jenama jam azan nombor 1 di Malaysia . Alhamdulillah, kini Jam Azan kami digunakan di seluruh Malaysia ,malah sudah sampai ke Hiroshima,Jepun!. Anda dapat menikmati harga terendah hanya di website kami ! 

Anda ingin bertanya terus kepada staff bertugas kami?

Whatsapp ke 017-5601956 atau klik link ini untuk whatsapp kami:


Alhamdulillah, ramai yang dah miliki dan berpuas hati dengan Jam Azan kami :-

Semakin peka dengan waktu solat, dengar Jam Azan laungkan azan terus bersemangat nak solat
Hari-hari dengar surah tertentu yang dibacakan Jam Azan setiap 10 minit sebelum azan ,sampai dah boleh hafal.
Mudah nak rujuk bila masuk waktu solat
Boleh jadikan barang sedekah ,wakaf ,hadiah kepada surau ,masjid,pejabat ,hantaran dll
Bahan didikan untuk anak-anak, mereka lebih semangat untuk solat dan menghafal surah
Barang keperluan yang perlu dimiliki setiap masjid dan surau


Lihat apa kata pelanggan kami :

     

180 Testimoni 5 Bintang di Kedai Online Shopee kami! Lihat disini (Klik Rating) :

Testimoni 5 Bintang Shopee


Anda ingin bertanya terus kepada staff bertugas kami?

Whatsapp ke 017-5601956 atau klik link ini untuk whatsapp kami:

 


Kelebihan Jam Azan  :

Jam Azan berfungsi AUTOMATIK mengalunkan ayat suci Al-Quran setiap 10 minit sebelum masuk waktu solat
Jam Azan berfungsi AUTOMATIK melaungkan azan tepat pada
waktu solat. Buzzer berbunyi sebagai peringatan telah masuk waktu, kemudian disusuli seruan Azan
Jam Azan berfungsi AUTOMATIK megalunkan zikir ringkas pada setiap jam bertukar.
Sumber kuasa yang rendah: Elektrik 5Vdc – 24Vdc (3W – 38W), tak terasa pun dalam bil elektrik anda
Dilengkapi memory backup battery – berfungsi semasa bekalan elektrik terputus untuk memastikan jam azan terus beroperasi di dalam sleep mode
Taqwim waktu solat yang tepat rujukan dari taqwim solat
terbitan Jabatan Mufti Negeri-Negeri
Memaparkan tahun Hijrah dan Masihi
Memaparkan jam dengan ketepatan +/-1 minit setahun
Mudah digunakan, tiada setting yang merumitkan & semuanya
telah disetkan berfungsi secara automatik oleh pengeluar
Memaparkan Kalendar Tarikh (Masehi dan Hijrah berselang-seli)
Bacaan Surah pada 10 minit sebelum masuk waktu solat
Bacaan Doa Selepas Azan untuk setiap waktu solat.
Azan,zikir dan bacaan surah boleh disenyapkan dan aktifkan bunyi “bip” sahaja terutama untuk surau/masjid


Bagaimana Jam Azan Berfungsi? :

(1) Memaparkan Kalendar Tarikh (Masehi dan Hijrah berselang-seli).
Tarikh Hijrah berubah pada waktu Maghrib.
Tarikh Hijrah berdasarkan kalendar Taqwim Jabatan Agama Islam.
Tarikh Hijrah boleh diubah +/- 1 hari sekiranya berbeza dengan Kalendar Taqwim.

(2) Memaparkan Jam (Ketepatan +/- 1 minit setahun). LED ‘dot’ berkelip setiap 1 saat.

(3) Memaparkan 5 Waktu Solat dan Syuruk mengikut zon yang ditetapkan. (Tepat seperti kalendar Taqwim terbitan Jabatan Mufti Negeri. Boleh dikemas-kini.)

(4) Zikir pendek pada setiap jam / minit (Boleh dilaraskan).
Kekuatan bunyi Zikir boleh dilaraskan
Jenis zikir boleh diubah / ditambah

(5) Buzzer berbunyi sebagai peringatan telah masuk waktu, kemudian disusuli seruan Azan:
Subuh : Azan oleh Sheikh Ahmad Khouja.
Syuruk : Tiada Azan
Zohor : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
Asar : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
Magrib : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
Isyak : Azan oleh Sheikh ‘Ali Ahmed Mulla (Mantan Ketua Bilal Masjidil Haram)
*Bunyi azan boleh diubah / ditambah

(6) Bacaan Surah pada 10 minit sebelum masuk waktu solat.
Subuh : Surah Al-Waqi’ah
Syuruk : Tiada Bacaan Surah
Zohor : Surah Al-Fiil, Surah Quraisy, Surah Al-Ma’un, Surah Al-Kauthar,
Surah Al-Kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Lahab, Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq & Surah An-Nas.
Asar : Surah Al-Mu’minun (Ayat 1-44)
Maghrib : Surah Al-Mulk
Isyak : Surah As-Sajdah (untuk DAF05A sahaja)

*Surah / Bacaan Quran boleh diubah mengikut kegemaran 

 (7) Bacaan Doa Selepas Azan untuk setiap waktu solat.

*Perhatian : Bacaaan Quran,Zikir,Doa,Azan boleh berubah-ubah mengikut model keluaran dan kemaskini enjin jam yang terkini, harap maklum.


Apa saya dapat jika membeli melalui JamAzan.com ?

 Waranti 2 Tahun 

Kami setkan zon waktu solat Jam Azan anda secara PERCUMA atas permintaan. Anda hanya perlu gantung sahaja setelah Jam Azan sampai. Buku panduan untuk setkan zon juga disediakan sekiranya pihak kami terlupa untuk setkan zon waktu.

Panduan/Bantuan atas talian & info agama PERCUMA melalui Whatsapp
Tanpa GST dan Tanpa sebarang cukai

✓ Label Ayat Quran di depan kotak – pihak penghantar akan lebih menghormati bungkusan dan letak di bahagian atas Insya-Allah

✓  Label Mudah Pecah di depan kotak – pengendalian oleh pihak penghantar lebih berhati-hati


Kegunaan Jam Azan :

 Kemudahan untuk merujuk waktu solat terkini dengan tepat
Bahan untuk sedekah & wakaf
Sebagai hiasan rumah,pejabat,surau dan masjid
Bahan pendidikan anak-anak
Menggantikan jam analog
Dijadikan sebagai hadiah ,cenderahati dan hantaran perkahwinan


4 Kategori Jam Azan Untuk Pilihan Anda,  Sila Klik Salah Satu Pilihan Dibawah :-

Jam Azan Rumah
Jam Azan Pejabat
Jam Azan Surau
Jam Azan Masjid

Anda ingin bertanya terus kepada staff bertugas kami?

Whatsapp ke 017-5601956 atau klik link ini untuk whatsapp kami:


Sila semak stok dahulu sebelum membuat pembelian atau lihat stok di www.JamAzan.com/shop , whatsapp ke 017-5601956

Contoh Jam Azan Rumah PTime:-

Terdapat 9 pilihan jam azan PTime (Bingkai Hitam) iaitu Jam Azan Rumah Kod Biru , Jam Azan Rumah Kod Hijau , Jam Azan Rumah Kod Putih , Jam Azan Rumah Kod Baitullah , Jam Azan Rumah Kod Kiambang , Jam Azan Rumah Kod Air Terjun , Jam Azan Rumah Kod Al-Munawwarah , Jam Azan Rumah Kod Al-Balad dan Jam Azan Rumah Kod Kubah Hijau.

Gambar Sisi tepi & Belakang Jam Azan Rumah

belakang (Medium)

Spesifikasi : 

Saiz (inci) : +- 15″ x 12″

Jenama : PTime

Buatan: Malaysia

Waranti: 2 Tahun

Berat : +- 1.8 kg (Termasuk kotak dan aksesori)

Kaligrafi :
Surah An-Nisa – Ayat 103 atau Allah Muhammad + Kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله

Paparan LED :
LED 0.56″ warna merah (Hari, Bulan, Tahun, Waktu Semasa, 5 Waktu Solat & Syuruk)

Sumber Kuasa :
Adaptor 5Vdc / 1A
(Jam ini menggunakan elektrik ,penggunaan watt sangat rendah dengan anggaran kasar RM1 sebulan)

Bateri Sokongan :
3Vdc Lithium CR2032
(Bateri sokongan bukan untuk nyalakan jam tetapi untuk simpan semua tetapan yang telah dibuat. Contohnya apabila tetapan waktu solat mengikut zon daerah telah dibuat, walaupun OFF jam dan ON kembali , tidak perlu buat tetapan semula)

Penggera Bunyi :
‘BIP’, Zikir, Bacaan surah & Azan Mekah

Aksesori :
Adaptor 240Vac / 5Vdc 1A. Manual Pengguna & Kabel USB

Kesesuaian :
Rumah, surau kecil, pejabat, sekolah, hadiah/cederamata dan sebagainya.

Perhatian : Bingkai Kayu (bahagian belakang dan sisi jam sahaja) kemungkinan terdapat sedikit perbezaan tekstur , lubang kecil dan warna , ia adalah keunikan tersendiri ciri-ciri kayu. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana keadaan/corak kayu itu sejak semulajadi.

Harga boleh rujuk di kedai online rasmi kami di ☟ :

www.JamAzan.com/shop

 
___________________________________________________________________
 

Apa yang ada di dalam kotak Jam Azan Rumah?

1 Unit Jam Azan
1 Unit Adaptor 240VAC / 5VDC 1A
1 Unit USB Cabel
1 Unit Manual Pengguna


ANDA BOLEH DOWNLOAD KATALOG SETIAP KATEGORI DISINI:

Katalog Jam Azan Rumah

Katalog Jam Azan Surau

Katalog Jam Azan Masjid

 

Ada 3 cara tempahan iaitu :

1. Tempahan Melalui Kedai Online Jam Azan

2. Tempahan Melalui Whatsapp/SMS


Sila pilih salah satu cara di bawah ini :


Tempahan Melalui Kedai Online Jam Azan:

Klik Online Shop


 Tempahan Melalui Whatsapp

Selepas membuat pembayaran , sila whatsapp butir-butir di bawah ke no telefon 017-5601956 atau klik link wasap ini http://JamAzanDotCom.wasap.my :

1. Nama Penuh
2. Alamat Lengkap
3. Kod Jam Azan ( Contoh :  ” KOD : AIR TERJUN BH” )
4. Gambar resit pembayaran atau nombor transaksi pembayaran



 

Pembayaran boleh dibuat ke akaun bank seperti dibawah :

Nama Bank : CIMB Islamic Bank Berhad
Nama Akaun : Next Global Resources
Nombor Akaun Bank : 8601656760

Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Next Global Resources
Nombor Akaun Bank : 552107629576

 


Anda ingin bertanya terus kepada staff bertugas kami?

Whatsapp ke 017-5601956 atau klik link ini untuk whatsapp kami:

 


Kami menggunakan perkhidmatan POS LAJU & CITY-LINK untuk membuat penghataran yang lebih selamat dan cepat , hanya ambil masa 2 hingga 3 hari sahaja , Insya Allah 🙂

*Pastikan anda cek stok dahulu sebelum tempahan dibuat , sila whatsapp 017-5601956

* Amaran : Tidak dibenarkan mencuri maklumat di dalam website ini , anda akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mencuri maklumat di atas talian.

*Sentiasa menyemak promosi terkini di sini atau di kedai online shopee kami atau di kedai online rasmi kami di https://jamazan.com/shop/ kerana promosi di setiap platform ini adalah berbeza.