Jam Azan Pening? Azan Subuh Berbunyi Pukul 6 Petang? Ini Cara Betulkannya.

Pernahkah anda mengalami masalah jam azan yang melaungkan azan pada waktu yang tidak sepatutnya? Contohnya, azan Subuh yang sepatutnya berkumandang pada awal pagi contohnya jam 6 pagi , tetapi berbunyi pada jam 6 petang.

Jangan panik! Masalah ini mungkin berpunca daripada konfigurasi jam azan yang tidak tepat.

Jam azan digital memerlukan tetapan masa yang betul supaya ia dapat berfungsi dengan sempurna. Sekiranya tetapan masa berubah atau tidak diselaraskan dengan betul, jam akan berbunyi pada waktu yang tidak sepatutnya.

Sekiranya jam azan anda mengalami masalah ini, berikut ialah langkah asas yang boleh dilakukan.

  1. Pastikan tarikh masihi / hijrah dan waktu semasa yang dipaparkan pada jam azan adalah betul.Jika tidak betul, rujuk panduan video ini untuk membuat tetapan:

2. Perhatikan sama ada jam menunjukkan waktu pagi atau petang berdasarkan format 12/24 jam. Kesilapan tetapan AM/PM atau format 12 jam dan 24 jam boleh menyebabkan waktu azan kelihatan tidak tepat. Rujuk panduan video dibawah untuk penerangan yang lebih jelas:

3. Uji semula fungsi jam azan

Selepas selesai membuat pelarasan, anda boleh tunggu waktu subuh pada keesokan hari untuk memastikan azan dilaungkan pada waktu sepatutnya atau anda boleh cuba serta merta dengan mengubah waktu semasa jam kepada jam 6 pagi.

Jika masalah tidak selesai atau anda tidak faham langkah-langkah dalam video, boleh whatsapp kami ke no 017-5601956.

Terima kasih dan selamat mencuba!