Jam Azan Masjid Jadi Dash / Tolak Pada Kotak Tarikh

Admin ada menerima beberapa kes jam azan masjid yangmemaparkan simbol tolak atau dash pada kotak LED bahagian tarikh. Masalah ini berlaku berpunca dari kerosakan keypad / button atau butang jam yang terletak di bahagian sisi kanan jam azan masjid. Sila lihat gambar contoh jam yang bermasalah tersebut di bawah ini .

Keypad tersebut biasanya boleh rosak atas faktor pengaratan pada lapisan wayar tembaga nipis di cable sambungan antara keypad dan penyambung di jam azan.

Untuk menghilangkan simbol dash tersebut, anda hanya perlu mencabut cable keypad tersebut dan membuat penukaran keypad jam yang baru. Buat sementara waktu, gunakan remote control untuk membuat pengubahan pada jam, tetapi remote hanya boleh digunakan untuk mengubah tarikh dan waktu semasa sahaja. Untuk mengubah zon kod kawasan perlu menggunakan keypad jam azan.

Jika jam azan masjid anda masih dalam waranti 2 tahun, anda boleh mendapatkan keypad secara percuma. Jika tidak, anda perlu membeli keypad ini dengan harga RM40 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. Keypad boleh ditempah melalui cart di bawah :

button keypad jam azan masjid

Button Keypad Jam Azan Masjid PTime

RM 40.00

67 in stock |Order Now!

Butang Keypad  ini hanya untuk kegunaan Jam Azan Masjid keluaran PTime

67 in stock |Order Now!

Cara pemasangan keypad pun turut disediakan melalui panduan video.

Sekian terima kasih.