Jam Masjid Naik Kod Error APP to ?

Apa nak buat jika jam masjid naik kod error APP to?

Biasanya kod ini naik adalah kerana masalah memory card corrupt atau file dalam memory card hilang.

Cara untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menukar memory card baru dan memasukkan semula file-file yang hilang tersebut.

File-file tersebut anda boleh download di sini :

Model PTM : File Data SD Card Jam Azan Masjid PTime Model PTM – Jam Azan

Model PTR :

Sebelum buat langkah-langkah di atas, anda terlebih dahulu perlu membuka cover belakang jam azan masjid anda untuk mengeluarkan memory card yang bermasalah tersebut. Caranya adalah dengan menonton video panduan membuka skru ini :

Pastikan anda update jam azan selepas selesai memasukkan file-file tersebut dalam memory card. Panduan update jam azan boleh didapati di link ini : Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime – Jam Azan

Update / Kemaskini Taqwim Solat 1446

Pelanggan yang dihormati,

Taqwim solat 1446 telah tersedia , sila update jam azan anda dengan kadar segera.

Sila rujuk cara update di link ini :

Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime – Jam Azan

Pastikan anda memilih cara update berdasarkan model jam anda, ada ditulis di belakang jam anda.

Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis taqwim solat iaitu taqwim dari JAKIM dan taqwim dari jabatan mufti negeri . Anda boleh gunakan mana 1 yang anda mahu,

Masalah Waktu Solat Jam Azan Masjid Lari 1 jam

Admin ada terima whatsapp kes jam masjid yang menghadapi masalah waktu solat lari 1 jam dari waktu solat sebenar.
Disini admin ajarkan cara nk selesaikan masalah tersebut :

1. Holdkan butang set dalamm 3 saat kemudian lepas.
2. Tekan butang “12/24” dua kali.
3. Tekan butang set 1 kali (tekan sekali sahaja, bukan holdkan)

Insyallah masalah tersebut akan selesai. Biasanya masalah ini berlaku pada jam masjid model lama (kod jam yang bermula dengan PTR) , jam model baru (kod jam yang bermula dengan PTM) jarang berlaku masalah ini.

Jika ada sebarang masalah jam azan , boleh whatsapp ke 017-5601956

Terima kasih

Masalah Tarikh Hijrah Cepat 1 Hari

Pasti ada diantara anda yang menghadapi masalah tarikh hijrah cepat 1 hari kan?
Anda sudah cuba adjust tapi masih tak dapat tarikh yang betul?

Cara yang betul untuk setting semula tarikh hijrah adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Tekan butang set dengan cara holdkan butang dalam 3 saat dan lepas , kemudian anda akan lihat ia akan berkelip-kelip di kotak LED jam (bukan minit)

Langkah 2 : Kemudian tekan butang next 6 kali (ia akan berkelip di kotak hari tarikh hijrah)

Langkah 3 : Tekan butang tolak 1 kali untuk dapatkan nombor yang lebih rendah dari tarikh yang terpapar di jam anda

Langkah 4 : Tekan butang set 1 kali saja, bukan holdkan, tekan sekali sahaja

Langkah 5 : Lihat samaada jam anda sudah mendapatkan tarikh yang tepat mengikut kalendar taqwim hijrah

Untuk panduan yang lebih jelas sila rujuk video panduan ini :

Cara Betulkan Jam Azan PTime Tak Bunyi Mengaji Quran / Surah

Kali ini admin nak ajar cara betulkan jam azan PTime yang tidak mengalunkan bacaan Quran ketika tiba waktu yang telah ditetapkan iaitu kebiasaanya 10 minit sebelum masuk waktu solat. Puncanya adalah kerana mungkin ada seseorang yang cuba setting jam azan tetapi tersalah setting pada bahagian timer bacaan Quran tersebut.

Jadi kita perlu betulkan pada timer bacaan Quran tu semula. Caranya adalah :

  1. Holdkan butang biru muda selama 3 saat sehingga kotak tahun berkelip
  2. Cek 1 persatu timer tersebut dengan menekan butang next
  3. Pastikan setiap timer adalah betul ( Subuh 10 minit , Syuruk 00 minit , Zohor 10 minit , Asar 10 Minit , Maghrib 10 minit dan Isyak 18 minit )
  4. Jika nombor salah , ubah dengan menekan butang tambah / tolak
  5. Akhir sekali tekan butang set 1 kali
  6. Selesai

Untuk memudahkan anda mengikut langkah di atas, rujuk terus panduan video ini

Terima kasih

Update / Kemaskini Jam Azan PTime Tahun 2024/1445

Assalamualaikum, salam tahun baru masihi 2024 , hijrah 1445.

Update terkini sudah tersedia, jom update jam azan anda sekarang.

Semoga tahun ini kita lebih bersedia menghadapi cabaran yang semakin besar.

Gunakan jam azan sebagai salah satu medium dakwah pada keluarga,sahabat dan insan-insan lain disekeliling anda. Jam azan bukan sekadar mengingatkan kita pada waktu solat sahaja, tapi ia boleh mendidik hati agar lebih dekat dengan Allah.

Nak dapatkan jam azan? nak hadiahkan pada keluarga, sahabat ? Jom dapatkan di kedai online kami : https://jamazan.com/shop/

Cara Jadikan Tarikh Jam Masjid PTime Berselang-Seli Masihi & Hijrah

Ramai yang bertanya cara untuk jadikan tarikh masihi dan hijrah berselang-seli pada jam azan masjid PTime. Sila ikut langkah-langkah dibawah dengan teliti:

  1. Holdkan ( tekan lama jangan lepas) butang anak panah kiri dlm beberapa saat kemudian lepas.
  2. Lihat samada ia berselang-seli atau tidak, jika masih tak berselang-eli, buat smula langkah 1 hingga berjaya.
  3. Jika masih tak berjaya sila whatsapp ke nombor 017-5601956

Nak dapatkan jam baru? jom tengok jam di kedai online kam , link biru di bawahi:

Shop – Jam Azan

 

Terima kasih dan selamat berjaya!

Update Kemaskini 2023/1444 Jam Azan PTime Anda Sekarang!

Setahun telah pun berlalu meninggalkan kita.

Tahun ini tahun 2023 , semoga kita terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.

Jangan lupa untuk update jam azan Ptime anda kepada taqwim 2023/1444. Data terkini boleh download di link ini:

Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

Pastikan anda mempunyai peralatan update yang lengkap seperti laptop/pc dan cable penyambung dari jam ke laptop/pc . Jika anda tiada cable tersebut , anda boleh gunakan juga cable printer yang digunakan untuk sambungan dari printer ke laptop/pc anda kerana ia menggunakan cable jenis yang sama.

 

Pastikan juga bateri backup jam azan anda berfungsi dengan baik. Bagaimana nak tahu bateri anda dalam keadaan baik? Boleh cuba ubah waktu jam azan atau ubah tarikh , kemudian Off jam sebentar dan On semula .Jika paparan di jam menunjukkan apa yang anda set tadi adalah sama , maka bateri dalam keadaan baik. Jika sebaliknya , sila tukar bateri jam azan, caranya rujuk video panduan ini:

 

Video Tutorial Panduan & Tips Jam Azan PTime

Laman ini adalah panduan berbentuk video bagi memudahkan anda menyelesaikan masalah jam azan Ptime yang anda hadapi.
Semoga video panduan ini dapat membantu anda.

Prev 1 of 1 Next
Prev 1 of 1 Next

Update / Kemaskini Taqwim Jam Azan 1443 – 2022

Sudahkah anda update atau mengemaskini jam azan anda? Jika belum , pastikan anda update dengan segera bagi mengelakkan jam azan tidak berfungsi dalam keadaan normal.

Kenalpasti jenama jam azan anda terlebih dahulu

Untuk jam azan brand PTime , klik pautan ini > Cara Update (Kemaskini) Jam Azan Taqwim PTime | Jam Azan

 

Jam azan mestilah dikemaskini setiap tahun bagi mengelakkan kesilapan waktu solat lebih-lebih lagi bagi kegunaan di surau dan masjid. Pastikan anda membaca dan mengikut setiap langkah satu persatu bagi melancarkan proses kemaskini jam azan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp terlebih dahulu , klik link untuk whatsapp: